Insan & Komuniti 21 May, 2021

Teater di jalan rosak! Cara unik penduduk Tanjung Pinang protes! Minta jalan segera dibaiki!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Kredit foto: Sumatera Ekspres (Sumeks)


DISEBABKAN bosan dengan keadaan jalan rosak lambat dibaiki oleh pihak berkuasa, penduduk sebuah kampung di Sumatera Selatan mengadakan protes secara agak unik dengan harapan kerajaan ambil perhatian serius masalah yang mereka hadapi dan menyelesaikannya segera.

Kerana tidak dapat menahan rasa kecewa, penduduk berkenaan cuba melakukan protes berkenaan jalan berlubang dengan agak berbeza dari yang pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jalan berlubang

Teater protes jalan rosak di jalan masuk ke Kampung Tanjung Pinang dan Kampung Limbang Jaya di mukim Tanjung Batu, daerah Ogan Ilir, Sumatera Selatan supaya diambil perhatian serius pihak berkuasa Pejabat Daerah Ogan Ilir untuk tindakan membaikinya. Melalui teater tersebut mereka  melakonkan  aktiviti memancing dan menanam pokok pisang di bahagian jalan rosak berkenaan. - Kredit foto: Liputan6.com.


Mereka mendakwa keadaan jalan masuk ke kampung  tersebut yang rosak dan tidak dibaiki hingga menimbulkan kesusahan penduduk berpunca daripada aktiviti rasuah dalam kalangan pihak tertentu pada peringkat pejabat daerah.

Melalui protes tersebut penduduk di Kampung Tanjung Pinang, mukim Tanjung Batu, daerah Ogan Ilir di Sumatera Selatan, Indonesia mengadakan lakonan teater pancutan air takungan pada bahagian jalan yang berlubang.

Selain itu mereka juga mengadakan teater pidato dan bergambar di bahagian takungan air hujan yang memenuhi jalan berlubang.

Antara pose yang diabadikan di kawasan itu termasuklah gaya mandi hujan, memancing dan menanam pokok pisang pada jalan yang rosak dan berlubang.


Juga melalui teater protes penduduk melakunkan curahan air kotor dari lopak atau jalan yang berlubang di samping beberapa pokok pisang yang ditanam di situ.


Menurut seorang penduduk Tanjung Pinang, Jodi, jalan masuk ke kampungnya dan kampung Limbang Jaya di mukim Tanjung Batu rosak dan berlubang dan apabila hujan, ia ditenggelami air kotor.

"Sebenarnya jalan yang rosak ini telah lama berlaku dan hingga sekarang belum dibaiki pihak berkuasa daerah Ogan Ilir hingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk," katanya, dalam lapor Liputan6.com pada 30 April 2021.

Jodi mendakwa, Jalan Beciro Sidoarjo yang merupakan jalan konkrit selalu rosak antara puncanya disebabkan rasuah dalam kalangan pihak tertentu hingga baru-baru ini tiga suspek di Pejabat Daerah Ogan Ilir dipindahkan ke Palembang.

Disebabkan keadaan itu menjadikan jalan masuk menuju Kampung Tanjung Pinang dan Kampung Limbang Jaya di mukim Tanjung Batu banyak yang rosak dan berlubang serta ditenggelami air kotor bila hujan.

Kerana keluhan mereka mengenai masalah jalan tidak mendapat perhatian serius pihak pejabat daerah, penduduk mengambil tindakan cara unik ini untuk mendedahkan kepada umum bagi menunjukkan kerosakan jalan yang menjadi beban kepada penduduk.


Seorang pelakon teater protes jalan rosak yang tidak dibaiki pihak berkuasa duduk dalam lopak air kotor sekali pun sebuah lori melalui jalan berkenaan. Turut kelihatan seorang lagi pelakon berdiri di belakang pokok pisang yang mereka tanam di bahagian jalan rosak yang menimbulkan masalah kepada penduduk.


"Dalam konteks ini kami meminta  pihak berkuasa Wilayah Sumatera Selatan dan Pejabat Daerah Ogan Ilir mendengar masalah kerosakan jalan menuju ke  kampung kami yang berlarutan sejak sekian lama supaya segera dibaiki," pinta mereka dengan penuh mengharap.

Sekalipun banyak kenderaan berat termasuk trak, lori dan kenderaan pengangkutan lain melalui jalan tersebut tidak mematahkan semangat penduduk menyuarakan keluhan mereka melalui inspirasi secara melakonkan protes dalam bentuk teater di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Kampung Tanjung Pinang, Asmawi, ramai penduduk membuat aduan mengenai kerosakan jalan berkenaan dan berharap pihak berkuasa Pejabat Daerah Ogan Ilir mendengar rintihan penduduk dan membaikinya segera.

Katanya, jalan tersebut merupakan nadi ekonomi penduduk di kawasan berkenaan dan ia perlu dibaiki segera dalam masa terdekat. - KitaReporters


Kredit foto: lintasoganzone.com

0
0
0
0
0
You will be interested