Insan & Komuniti 15 Apr, 2021

Video| Cari lelaki ini! Acu pisau, pijak leher anak! Tertekan masalah hidup, anak jadi mangsa?

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MANGSA keadaan.. Si kecil yang belum mengerti dan tidak bersalah menjadi mangsa selepas ibu bapa mereka bercerai. - Kredit Foto: Facebook OnlineLahad Datu.


LAZIMNYA anak-anak adalah penghibur selain ubat penenang paling mujarab bagi ibu bapa pada saat kepenatan selepas seharian dipejabat, melihat sahaja muka anak-anak pasti kepenatan itu hilang dengan tiba-tiba.

Namun tidak bagi seorang lelaki yang mungkin rimas melihat anak-anak sendiri sehingga tergamak melayan kasar dan bertindak ganas terhadap kanak-kanak yang masih belum tahu apa-apa.

Baru-baru ini tular video yang menunjukkan dua kanak-kanak menangis ketakutan selepas didera dengan dipijak dan diacu pisau oleh seorang lelaki.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan penderaan


Menerusi video berdurasi dua minit yang dimuat naik dalam Facebook menunjukkan dua kanak-kanak masih kecil ini telah dipijak, disepak dan dicekik menggunakan kaki sebelum diugut dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki.

Lebih mengejut lelaki berkenaan yang tergama kmelakukan tindakan berkenaan dikatakan adalah bapa kandung si kanak-kanak malang berkenaan.

Kejadian yang berlaku di Ulu Balung, Kunak, Sabah itumenjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang wanita sebelum dikongsikan oleh beberapa laman Facebook sehingga menjadi tular.

Subhana-Allah tergamaknya kau perlakukan… itukan darah daging sendiri??

Langsung takada perasaan ke sehingga sanggup melakukan sedemikian kepada si kecil yang belum mengerti apa-apa lagi.

Bapa tidak berguna berkenaan dikatakan tertekan selepas bercerai dengan ibu kanak-kanak berkenaan dan bertindak melepaskan kekecewaan berkenaan kepada kedua-dua kanak-kanak yang tidak bersalah itu


Acu pisau ke arah anak-anak sehingga meninggalkan trauma dan ketakutan melampau.


Walaupun mungkin tertekan dengan masalah keluarga selepas ditinggal isteri, tergamak si bapa melakukan perbuatan berkenaan kepada darah daging sendiri.

Bagaimanapun, selepas mengetahui perbuatannya menjadi tular, lelaki berkenaan yang dipetik oleh Facebook, Online Lahad Datu, dikatakan telahpun melarikan diri. Kanak-kanak malang tersebut kemudian diserahkan kepada nenek mereka iaitu ibu kepada suspek sebelum melarikan diri.

Sehingga kini, pihak polis masih belum berjaya mengesan suspek berkenaan bagi memberi keterangan dengan apa yang telah dilakukannya.

Semoga kanak-kanak malang itu berada dalam jagaan yang baik bersama nenek. - KitaReporters


 

0
0
2
0
1
You will be interested