ORANG RAMAI dinasihatkan berhati-hati dan waspada dengan individu yang memohon bantuan derma dengan alasan bagi tujuan rawatan kesihatan. Sebaliknya masyarakat perlulah merujuk dengan pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu bagi memastikan kebenaran perkara tersebut. : KitaReporters
Seorang asnaf, penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor menjalani rawatan dialisis buah pinggang di Pusat Perubatan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) di Rawang, Selangor. Gambar kanan surat memohon bantuan asnaf berkenaan yang tular dalam media sosial. - Kredit foto LZS.
Tindakan ini penting sebagai usaha mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kutipan bantuan derma daripada orang ramai yang semakin berleluasa akhir-akhir ini terutama dalam keadaan ekonomi semakin mendesak.
Sehubungan itu, setiap individu yang ingin melakukan kutipan derma atau memohon sumbangan bantuan bagi tujuan rawatan kesihatan perlu dapat kebenaran daripada pihak berautoriti sebagai bukti kepada orang ramai yang ingin menyumbang.
Memang tidak ada salahnya sesiapa pun boleh menyumbang. kepada individu yang inginkan bantuan berkenaan, tetapi biarlah berlaku jujur dan memang betul-betul untuk kegunaan rawatan kesihatan bagi penyakit dihidapi bukan ada tujuan lain.
Jika ada individu yang berminat untuk menyumbang perlu merujuk terlebih dahulu sama ada dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam, Lembaga Zakat, Baitulmal, Badan Badan bukan Kerajaan (NGO) di kawasan komuniti pemohon derma itu bagi menjamin bantuan atau derma bagi tujuan rawatan kesihatan. dan bukan untuk tujuan lain.
Asnaf ini memohon maaf kepada Lembaga Zakat Selangor atas surat mohon bantuan daripada orang ramai yang viral. Dia turut menjelaskan bahawa pihak LZS banyak membantu beliau dan keluarganya.
Isu ini terdedah berikutan adanya asnaf dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang merayu derma kononnya bagi tujuan perbelanjaan rawatan dialisis yang dijalaninya.
Rayuan itu kemudian menjadi viral dalam media sosial.
Pihak LZS telah menularkan paparan mengenainya dalam media sosial lembaga itu pada Khamis, 18 Jun 2020.
Menurut salah seorang pegawai di LZS, isu tersebut dikesan setelah viralnya berita seorang lelaki memohon bantuan orang ramai bagi tujuan rawatan dialisis di Rawang, Selangor.
Hasil semakan dan siasatan, Pegawai Zakat Daerah Hulu Selangor mendapati individu berkenaan sebenarnya asnaf lembaga itu sejak 2015.
Asnaf yang dikenali sebagai Abdullah dan menetap di Bandar Tasik Puteri di Rawang, Selangor baru-baru ini memohon sumbangan bantuan daripada orang ramai bagi rawatan kesihatan.
Sebagai asnaf LZS, beliau sehingga ini menerima bantuan antaranya termasuklah bantuan kewangan bulanan, sewa bulanan, perubatan dialisis cucian air dan suntikan hormon, tambang pergi balik ke hospital dan bantuan hari raya.
"Asnaf ini telah bertukar kaedah rawatan dari cucian air kepada cucian darah, bagaimanapun sehingga hari ini belum mengemukakan borang permohonan pertukaran kaedah rawatan tersebut.
"Namun begitu LZS tetap komited membantu beliau untuk meneruskan rawatan dialisis di Pusat Perubatan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) di Rawang, Selangor." kata pegawai LZS berkenaan.
Berikutan isu tersebut, asnaf berkenaan memohon maaf kepada pihak LZS atas kesalahan dilakukan dan tidak menjangka ia menjadi tular serta mengundang reaksi negatif kepada masyarakat di luar sana.
Untuk makluman, kata pegawai itu lagi, asnaf tersebut juga memberitahu pihak LZS banyak membantu beliau dan keluarganya sehingga ini.
"Penyebaran suatu berita melalui media sosial atau aplikasi lainnya memudahkan perkara berkenaan popular dan diketahui umum dengan pantas.
"Ia adalah baik jika fakta itu benar tetapi akan menimbulkan fitnah kalau sebaliknya," jelas pegawai LZS tersebut.
Sebelum ini, asnaf tersebut seorang pesakit kronik dalam surat yang viral itu memohon bantuan daripada orang ramai bagi membantu kos rawatan beliau kerana menghidap sakit kronik buah pinggang, kencing manis dan jantung.
Katanya, bagi kos rawatan dialisis buah pinggang, dia memerlukan kira-kira RM4,000.00 sebulan dan perlu melakukan rawatan selama dua bulan (RM8,000.00) kerana selepas itu, rawatan tersebut akan ditanggung di bawah Skim Bencana Pekerjaan (SOCSO).
Proses bagi mendapatkan bantuan itu mengambil masa dua bulan dan sedang berjalan sekarang.
Beliau ada membuat permohonan dengan Pengurusan LZS, malangnya proses kelulusan belum pasti dijamin kata pegawai LZS yang bertugas kerana sekarang masih musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disebabkan COVID-19.
Pegawai LZS Cawangan Klang, Selangor, Amir Azam bertanyakan perkembangan semasa rawatan penyakit Aishah Teh Abdullah dalam kunjungan ziarah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. - Kredit foto Amir Azam.
Sementara itu, Amir Azam, Pegawai di LZS Cawangan Klang, Selangor baru-baru ini menziarahi seorang asnaf mualaf, Aishah Teh Abdullah yang diuji dengan masalah kesihatan strok di mana pada bahagian otak beliau ada darah beku.
Pesakit keturunan Tionghua itu kini ditempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Beliau yang dijaga dan diuruskan oleh anaknya, Abdul Halim Wong Abdullah kelihatan agak uzur, namun semangatnya tetap kental dan kuat.
Pihak LZS sehingga ini ada menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan bulanan, bantuan hari raya, perubatan termasuk susu khas, pampers dan beberapa peralatan perubatan lainnya.
Sebagai mewakili LZS, Amir turut menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban Aishah Teh Abdullah.
Abdul Halim Wong Abdullah (kanan) menerima sumbangan daripada Mohd Yusof Abdullah semasa beliau menziarahi ibu Abdul Halim di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor. - Kredit foto Abdul Halim Wong Abdullah.
Sempena ziarah kasih itu, Amir merayu kepada semua Sahabat Zakat Selangor untuk mendoakan pesakit berkenaan agar segera sembuh dan dimudahkan segala urusan.
Terdahulu, Abdul Halim ada meminta orang ramai terutama badan NGO membantu ibunya yang juga ada mengalami luka pada bahagian belakang disebabkan beliau tidak boleh bekerja kerana menjaga dan menguruskan ibu selagi belum keluar hospital.
Menurut Doktor Pakar Otak hospital bekenaan, pesakit ini masih perlu menjalani rawatan CT Scan dan beberapa rawatan lain.
Abdul Halim melahirkan rasa sedih dan susah hati bila melihat ibunya terbaring di atas katil hospital.
Doakanlah ibu cepat sembuh!!!
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Aishah Teh Abdullah bernombor 12-010-02-506669-8.
Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut bagi tujuan penyaluran sumbangan boleh juga hubungi Abdul Halim Wong melalui talian 012-2928857. - KitaReporters
Asnaf Muallaf,Aishah Teh Abdullah (kiri) menjalani rawatan akibat strok dibahagian otak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,Selangor dan gambar kanan surat mohon sumbangan orang ramai yang ingin membantu meringankan beban beliau. Kredit foto Abdul Halim Wong Abdullah.