Kisah Insan 03 Jun, 2021

Video| Polis Aceh bawa mayat ke jalan! Sedarkan peri penting guna pelitup muka cegah Covid-19!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Anggota polis melakukan drama pendek di simpang empat jalan bagi mengingatkan orang ramai memakai pelitup muka. - Kredit foto: Serambi Indonesia


Menggunakan pelitup muka adalah salah satu langkah melandaikan penularan Covid-19. Namun masih terdapat sejumlah masyarakat yang suka mengabaikan penggunaan pelitup muka. Malah jika memakainya pun masih tidak dilakukan secara betul mengikut protokol kesihatan. 

Di Indonesia, Aceh adalah antara wilayah yang mengalami jangkitan Covid-19 yang agak serius. Namun kesedaran masyakatan untuk memakai pelitup muka masih pada tahap sederhana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aceh



Polis daerah Lhoseumawe mempunyai cara unik untuk mendidik masyarakat bagi memakai pelitup muka. Agensi keselamatan ini menggunakan sejumlah anggotanya untuk melakonkan aksi mendidik.

Mereka memberhentikan pengguna jalan raya di sebuah simpang empat, Taman Riyadah, Kecamatan (Mukim) Banda Sakti, Sabtu, Lhokseumawe pada petang Sabtu, 29 Mei 2021.  Dan lakonan dimulakan.  

Mereka menggambarkan seorang insan meninggal dunia akibat Covid-19 diusung oleh empat orang yang digambarkan sebagai virus korona.

Empat anggota polis memakai pakaian berwarna hitam dan memakai topi keledar berlambang Covid-19 menyorong seorang anggota sebagai mayat. Dua anggota polis wanita pula mendeklamasi puisi mengenai bahaya Covid-19.

Sementara itu, anggota polis berpakaian seragam  terus menjalankan tugas mengawal pergerakan orang ramai. Mana-mana orang tidak memakai pelitup muka ditahan, dinasihat dan diberi pelitup muka.



Ketua Trafik Polis Daerah Lhokseumawe, AKP Radhika Angga Rista berkata,  aksi itu dilakukan bagi mengingatkan masyarakat Aceh yang tidak memakai pelitup muka di Lhokseumawe mencapai 30 peratus agar menjaga diri daripda wabak maut itu

Sedangkan kes Covid-19 di wilayah Aceh semakin meningkat dan jumlah kematian sudah melebihi 556 orang, tambahnya. 

Menurut Radhika, aksi yang sama akan dilaku di beberapa kawasan di Lhookseumawe. - KitaReporters

Orang ramai yang tidak memakai pelitup muka ditakutkan bakal menjadi mayat. - Kredit foto: Serambi Indonesia.

0
0
1
0
0
You will be interested

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung

Video| Nekad jalan kaki ke Mekah! Ambil masa hampir 11 bulan, sejauh 6,500km, melalui 11 negara!

Dengan ambil masa hampir 11 bulan, Adam Muhammad dari England akhirnya tiba di Mekah, Arab Saudi pada 28 Jun 2022 lalu dengan berjalan kaki merentasi 11 negara
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

Bayi perempuan usia 3 bulan meninggal akibat digigit ibu kandung di Desa Rasabou, Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Wanita itu dipercayai alami gangguan mental
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 2 days ago

Tolong kami! Bantu Bob Lokman! Rayu bantu biayai rawatan! Andai pergi dahulu, nanti maafkannya!

Saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut. Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 3 days ago