Pesawat yang membawa rombongan penikahan berlepas dari Madurai ke Bangalore. - Kredit foto: Indian Express.
RAKESH dan Dakshina yang merupakan daripada golongan berada membuat satu kelainan dalam mengadakan upacara perkahwinan mereka.
Menurut media Indian Express, pasangan dari Madurai, negeri Tamil Nadu, India itu mengadakan majlis itu di dalam pesawat yang terbang, untuk mengelak peraturan protokol kesihatan di India.
Menurut seorang saksi, pasangan pengantin itu membuat janji ikrar perkahwinan mereka ketika pesawat terbang di ruang atas Kuil Madurai Meenakshi Amman.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
Negeri ini membenarkan majlis perkahwinan tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan tetamu tidak melebihi 50 orang.
Video upacara pernikahan Rakesh dan Dakshina dari dalam pesawat pun muncul dalam sejumlah media sosial dan tular.
Dalam video tersebut, pasangan pengantin dan para tetamu tidak memakai pelitup muka. Kedua-dunya memakai pakaian padanan warna merah, kuning, dan krim.
Beberapa anggota keluarga berkerumun di belakang Rakesh dan Dakshina, bersesakan dan tanpa pelitup muka. Beberapa orang menaburkan bunga ke tubuh pengantin perempuan. Videografer mengabadikan suasana perkahwinan itu.
Sementara itu, tetamu lain terlihat duduk mengisi kerusi penumpang dengan sesak.
Menurut jurucakap DGCA acara pernikahan yang diadakan itu dianggap sebagai melanggar norma-norma sekatan penularan Covid-19.
"Petugas penerbangan dan syarikat penerbangan telah diarahkan mengemukakan laporan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terbabit melanggar protokol kesihatan.
“Tindakan lebih keras akan diambil terhadap pasangan pengantin itu jika terbukti sebagai antara penganjur majlis itu,” kata pegawai kanan DGCA.
Sementara itu, menurut jurucakap SpiceJet, pihaknya menyedari jenis upacara yang bakal dijalankan di atas pesawat dan telah memberitahu perlunya mematuhi protokol kesihatan.
Difaham dalam masa terdekat pihak berkuasa negeri Tamil Nadu akan mengambil tindakan terhadap pasangan itu. Maka, bukan mustahil jika pengantin baharu itu akan menjalani percutian bulan madu di dalam penjara. - KitaReporters
Rakesh dan Dakshina melambai tangan selepas akad nikah selesai. - Kredit foto: Indian Express