Insan & Komuniti 06 Feb, 2021

Video| TMJ sokong kerja amal Ebit Lew! Sumbang RM200k! Taja umrah anggota sukarelawan amalnya

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Tunku Mahkota Johor mesra melayan kumpulan amal yang diketuai Ebit Lew. Kredit foto: FB TMJ


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyokong usaha Ustaz Ebit Yew melakukan khidmat kemasyarakatan di seluruh negara.

Sebagai menyatakan sokongan itu, Tunku Ismail menerima mengadap Ebit dan sejumlah kumpulan sukarelawannya di Istana baginda di Johor Bahru pada Jumaat, 5 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah berkaitan Tunku Ismail:

https://kitareporters.com/search?search=tunku+ismail


Tunku Mahkota Johor dan Ebit Lew bergambar kenangan dalam pertemuan mereka. - Kredit foto: FB TMJ

"Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

"Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas,” kata Tunku Ismail dalam akaun Facebook dan Twitternya.


Kandungan kenyataan Tunku Ismail dalam akaun Facebook dan Twitternya. - Kredit foto: FB TMJ.


Tunku Mahkota Johor menerima kemeja-T khas daripada Ebit Lew. - Kredit foto: FB TMJ

Sementara itu, Ebit Lew dalam akaun Facebook dan Instagramnya pula menyatakan Tunku Ismail menyumbangkan RM200,000 untuk dia menyambung kerja amal di seluruh negara.

Ebit juga menyatakan Tunku Ismail juga besetuju menaja Ebit dan pasukan sukarelawanya menunaikan umrah. Ebit juga menyatakan bakal mengikut program Kembara Johor akan datang bersama Tunku Ismail. 



Dalam postingannya, Ebit memuji Tunku Mahkota Johor sebagai raja yang sangat baik serta raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia.

Ebit terharu dapat berbual panjang dengan Tunku Ismail, dapat berbincang bagaimana hendak membantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda serta menaikkan institusi pendidikan.

Ebit menyatakan beliau terharu dan terkesan akan akhlak dan sifat Tunku Mahkota Johor yang melayan dirinya dan kumpulan sukarelanya sebagai kawan. 

Tokoh amal ini juga tidak lupa dengan kata-kata Tunku Ismail yang disifatnya sebagai cukup berharga.

Tunku Mahkota Johor itu berkata kepada Ebit, “Ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat.” - KitaReporters



Berikut ialah postingan lengkap Ebit Lew dalam Face Book dan Instagramnya:

“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor. Tuanku berkenan menerima mengadap. 

"Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

"Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

"Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. 

"Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. 

"Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.”



0
0
0
0
0
You will be interested