Insan & Komuniti 10 Nov, 2020

Hero! 10 lelaki Sikh buka serban bantu 2 remaja hampir lemas

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEKUMPULAN lelaki warga emas penganut agama Sikh layak digelar hero apabila sanggup membuka serban yang dipakai untuk membantu menyelamatkan nyawa dua remaja perempuan yang hampir lemas selepas terjatuh ke dalam tasik beku di Alberta, Kanada, baru-baru ini. KitaReporters 


BERHATI MULIA... sanggup membuka serban yang dipakai demi menyelamatkan nyawa dua remaja yang tidak dikenali. -Kredit foto: Global News.


Lagi cerita berkaitan lemas:

https://kitareporters.com/search?search=lemas


Memetik laporan Nextshark.com, dalam kejadian berkenaan dua remaja dikatakan sedang bersiar-siar di tepi tasik beku Saddlecrest Place di Calgary sebelum terjerlus ke tasik tersebut.

Namun remaja berkenaan bernasib baik kerana ketika kejadian 10 warga emas Sikh yang beriadah secara beramai-ramai mendengar jeritan remaja berkenaan.

Beberapa lelaki dalam kumpulan Sikh berkenaan tanpa ragu-ragu terus membuka serban yang dipakai dan menyambungkan antara satu sama lain sebelum melemparkan ke arah remaja tersebut.



Namun sayangnya, remaja berkenaan tidak dapat menggapai serban yang dilemparkan itu menyebabkan mereka hampir lemas di tasik beku. 

Terdahulu, kumpulan lelaki itu cuba melemparkan papan yang diambil di kawasan projek pengubahsuaian berhampiran tasik berkenaan, namun tidak berjaya kerana remaja berkenaan jauh tersasar ke tengah tasik.

Akhirnya seorang daripada mereka menemukan hos getah di kawasan berkenaan dan melemparkan ke arah remaja berkenaan.

Malah seorang pejalan kaki yang turut melalui kawasan berkenaan sanggup membawa naik remaja yang hampir lemas dengan menggunakan hos getah berkenaan.



Syukurnya, kedua-dua remaja perempuan tersebut tidak mengalami kecederaan serius dan hanya trauma. Kedua-dua berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Malah beberapa persatuan penduduk meminta pihak berkuasa membina pagar keselamatan di sekitar tasik bagi mengelak kejadian sama daripada berlaku. : KitaReporters


BERJAYA DISELAMAT... remaja akhirnya dibawa naik ke atas daratan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

 

 

7
2
0
0
0
You will be interested