Insan & Komuniti 29 Mar, 2021

Semua ikan tidur! Anak teringin ke akuarium tapi bapa bawa ke pasar! Kerana kekangan kewangan

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Akuarium Sentosa mula dibuka kepada orang ramai pada November 2012.  - Kedit foto: traveloka


SEBAGAI ibu bapa, mereka semestinya mahu yang terbaik untuk anak-anak, apa sahaja kemahuan anak sebolehnya mahu dituruti namun tidak semua mampu melakukan kerana pelbagai masalah yang dialami termasuk kekangan kewangan.

Kisah sama turut berlaku kepada seorang bapa muda di Singapura yang terpaksa mencari helah selepas keinginan anaknya tidak mampu diikuti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu bapa



Menurut Radee Ibrahim menerusi posting dalam Facebook peribadinya, anaknya menyuarakan keinginan mengunjungi Akuarium Sentosa namun disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya terpaksa mencari helah lain bagi menunaikan keinginan si kecil berkenaan

Malah bagi tidak membuatkan anaknya berasa sedih, Radee mencari ‘jalan’ dalam menyelesaikan masalah. 


TERPAKSA mencari helah bagi mengelak anak lelakinya kecewa kredit Foto facebook Radee Ibrahim.


Sebagai ganti bapa muda itu membawa anaknya ke pasar basah yang penuh dengan ikan segar.

Lucunya apabila sampai di pasar dia memberi alasan kepada si kecil itu semua ikan yang ada di ‘akuarium’ itu sedang tidur.

Kreatif juga idea Radee, jadi anak taklah kecewa sangat!!


KREATIF dengan menjelaskan kepada si kecil itu semua ikan di'akuarium' itu tidur .Kredit Foto dreamstime.com.


Hantaran yang dikongsi itu menjadi tular dalam media sosial dan selain itu, ramai memuji kesungguhan dan kebijaksanaan dirinya walaupun terpaksa menipu si kecil.

Malah menjenguk ke ruangan komen pelbagai respons diterima daripada netizen yang kagum dengan idea kreatif berkenaan.

Sabarlah dik… semoga suatu hari nanti kenginanmu menjejak kaki ke akuarium itu ditunai oleh ayah apabila poketnya menebal. 

Semoga Radee dan keluarga dimurahkan rezeki terhadap pelbagai dugaan dalam membesarkan anak ini. Yang penting banyakkan bersabar dan bordoa. KitaReporters

TERPAKSA bawa ke pasar sebagai ganti bagi mengelak  anak kecewa.

6
2
0
1
0
You will be interested