Insan & Komuniti 22 Jul, 2020

Diberi pengiktirafan! Sikap tak memilih Maya Karin bawa tuah

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

GELARAN Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia-Pasifik ke-49 di Fukuoka, Jepun pada 2004 dan beberapa anugerah berprestij lain yang dimenangi Maya Karin, tidak meletakkan dirinya sebagai diva. Terkini, dia mengharumkan lagi nama negara di pentas antarabangsa.!! : KitaReporters.

Lakonan Maya Karin tidak boleh dipertikaikan kerana beliau berlakon dengan sepenuh hati.


Maya meraih kejayaan peribadi dan sekali gus mengharumkan nama negara apabila menerima pengiktirafan Kepujian bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) pada Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung di Ramsgate, England pada 11–14 Jun 2020 yang lalu. 

Kemenangan Maya itu diraih menerusi watak Mak Cik Fatimah yang dilakonkannya dalan filem Olympic Dream, arahan Don Hoe

Biarpun filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn. Bhd., itu tidak membariskan pelakon nama besar, namun beliau sanggup berlakon.

Filem Olympic Dream tidak ada nama besar, namun Maya Karin sanggup terima kerana watak Mak Cik Fatimah.


 “Sejak pertama kali menerima skrip filem ini ianya sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya. 

"Walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Mak Cik Fatimah. 

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri. 

"Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi,” kata Maya yang sering mengutamakan watak sebelum bersetuju untuk berlakon. 

Beliau yang juga seorang penyanyi dan aktivis alam sekitar itu melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada juri Ramsgate Internation Film & TV Festival di atas pengiktirafan yang tidak  dijangkakan itu.

Kemenangan yang diperoleh adalah di luar jangkaan Maya Karin.


 Tambah pelakon berusia 40 tahun itu, mungkin apa yang beliau cuba sampaikan dalam filem terbitan produksi yang berpusat di Pulau Pinang itu berjaya memberi impak kepada juri dan penonton. 

Dalam filem Olympic Dream, peranan Mak Cik Fatimah sangat positif kerana beliau menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik. 

Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England

Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari United Kingdom (UK) dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar serta memupuk bakat baru.

Selain berlakon, Maya Karin juga seorang aktivis alam sekitar yang tidak jemu mengingatkan orang ramai agar menjaga anugerah alam.


Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2017, Ramsgate International Film & TV Festival telah menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan benua Amerika Utara. 

Terdahulu, Olympic Dream juga pernah merangkul Anugerah Best Feature Film pada Simply Indie Film Festival, Best Feature Film pada Canadian Cinematography Award dan Best Family Film pada Kinoduel International Film Festival. KitaReporters

3
1
0
0
0
You will be interested