Insan & Komuniti 06 Jul, 2021

Nasib 2 warga emas Kuala Besut tinggal di bangsal buruk terbela! Dipindahkan ke rumah baharu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Sukarelawan memindahkan barang-barang dari bangsal buruk milik Berahim Mahmod ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke rumah baharu.


KEHIDUPAN dua warga emas yang terpaksa tinggal di bangsal buruk dari dua kampung berasingan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang masing-masing hidup sebatang kara akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa

Berahim Mahmud, 89, dari Kampung Gertak Seratus dan Mohamad Yahya, 57, dari Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut, sebelum ini tinggal dalam sebuah bangsal yang buruk dan uzur kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa. 

Kisah kehidupan dua warga emas tersebut mendapat perhatian masyarakat setempat apabila tular dalam media sosial dan ramai yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kedua-dua lelaki tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ADUN Kuala Besut

Rumah baharu yang disewa oleh MAIDAM untuk dijadikan tempat tinggal Berahim Mahmud dan Mohamad Yahya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut


Portal KitaReporters turut menjejak kehidupan warga emas berkenaan dan berkongsi masalah yang dihadapi  kedua-dua untuk diambil perhatian masyarakat.

Bagaimanaun, nasib warga emas berkenaan agak baik apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, turun padang dengan melawat sendiri tempat tinggal yang menjadi kediaman dua warga emas berkenaan dalam keadaan menyedihkan sejak lebih lima tahun lalu.


Berahim mengumpul barang-barang untuk berpindah ke rumah baharu yang disewa oleh MAIDAM


Tengku Zaihan menyerahkan kunci rumah kepada Berahim Mahmud


Bertindak atas maklumat penduduk dan media sosial Tengku Zaihan memberi bantuan awal dengan memindahkan dua lelaki tersebut tinggal di rumah sementara yang lebih selesa sebelum mendapat rumah kekal.

Tengku Zaihan berkata, selepas tiga minggu warga emas berkenaan tinggal di rumah sementara akhirnya pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju untuk memindahkan kedua-dua mereka ke rumah baharu yang disewa agensi itu

Katanya, ketika ini pihaknya sudah memindahkan dua lelaki tersebut berpindah ke rumah baharu di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, yang disewa MAIDAM.

“Operasi memindahkan barang-barang milik lelaki tersebut ke rumah baharu dilakukan oleh sukarelawan Pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Besut serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1 Julai 2021,” katanya.


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kanan) menyerahkan kunci rumah kepada Mohamad Yahya


Mohamad Yahya


Tengku Zaihan berkata, secara kebetulan dua rumah kosong tersebut milik seorang penduduk yang memberi kebenaran untuk disewa sebagai tempat kediaman oleh kedua-dua warga emas berkenaan.

Beliau berkata, pihak MAIDAM akan menanggung kos sewaan rumah berkenaan, manakala bayaran bil elektrik dan air ditanggung oleh sebuah NGO, Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia yang dikenali dengan Muszleem Malaysia.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menmbantu menyelesaikan masalah yang dihadapi kedua-dua lelaki warga emas berkenaan,” katanya. - KitaReporters


Barang-barang milik Mohamad yang dipindahkan ke rumah baharu di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut

7
3
3
1
2
You will be interested