Kisah Insan 02 Jul, 2021

Video| Apabila si ayah menangis! Saya nak ajar tak pandai! Ngadu anak-anak tercicir kelas PdPR!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SEORANG ayah tidak akan tunjuk sedih mereka di hadapan anak sebaliknya akan mempamerkan karakter kuat sebagai ketua keluarga. Nama pun ayahkan. Dia sentiasa akan bagi yang terbaik untuk anaknya. 

Namun sekuat mana pun seorang ayah, pasti akan luluh hati mereka jika perkara itu melibatkan anak mereka

Seorang pemanggil membuat panggilan ke radio Suria FM dalam segmen Suria Pagi meluahkan perasaan hingga satu tahap beliau sendiri tidak mampu bertahan lalu menangis

Ini kerana anak beliau tidak dapat sertai kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian  ketika ini dek kerana masalah yang dihadapi keluarga mereka

''Saya nak tolong ajar pun saya pun tak pandai," kata si ayah. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PdPR 


 

Kredit video: IG Suria FM


Jika kita dengar apa yang diluahkan oleh si ayah itu, cukup meruntum jiwa kita sebagai pendengar.

Bayangkanlah si ayah begitu berharap anaknya dapat belajar dan sudah pasti harapan tinggi untuk melihat kelima-lima anaknya berjaya dan mengubah nasib keluarga mereka. 

"Kita suruh dia belajar tapi bila dia tanya balik, kita tidak dapat nak menjawab apa yang ditanya. Ayah suruh belajar sebab ayah pun tak tahu," luahan si ayah. 

Si ayah ini susah nak menanggis tapi bila mana beliau sudah menangis itu bermakna si ayah benar-benar sedih kerana tidak dapat membantu anak-anaknya bagi yang terbaik. 



Ketika ini kita tahu, sekolah terpaksa ditutup kerana COVID-19 dan kelas PdPR  secara dalam talian diadakan.

Namun begitu, tidak semua orang berkemampuan untuk ikuti sesi pembelajaran ini.

Bayangkan jika sesebuah keluarga itu ada anak ramai dan berada di kawasan pendalaman? Bagaimana nasib mereka? 

Melihat ruangan komen, ramai netizen melontar pendapat dan ada juga yang sedih apabila mendengar kisah si ayah ini. - KitaReporters







0
0
1
0
0
You will be interested

Video| Tabik spring kakak ni! Terjatuh masa buat catwalk! Tapi model tetap profesional di runway!

Tular video seorang model atau peragawati yang terjatuh ketika peraga baju sehingga jadi tarikan ramai tapi wanita itu teruskan acara dengan penuh profesional

Video| Alhamdulillah! DS Vida dan Ahmad Iqbal berdamai! Ikhlas bermaafan! Buka lembaran baharu!

Pergaduhan antara DS Vida bersama bekas pembantu beliau, Ahmad Iqbal Zulkefli pernah jadi tumpuan rakyat Malaysia. Tapi kini mreka sudah berdamai dan bermaafan
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago

Enggan beri pinjaman! Majikan parah dipukul pekerja sendiri! Kini bertarung nyawa di hospital!

APABILA manusia terdesak menyebabkan mereka tergamak melakukan apa sahaja, kadan
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Video| Demimu anak! Ayah terjun ke tasik selamatkan anak perempuan! Tindakan spontan dapat pujian!

Tular video perlihat seorang anak kecil terjatuh ke dalam sebuah tasik dan tindakan spontan daripada ayahnya yang terus terjun ke bawah untuk selamatkan anaknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago

2 Dekad Cinta Tanpa Sempadan! PERNIM sambut ulang tahun ke-18! Norlina Alawi lancar buku autobio!

Kehadiran bayi yang ditolak keluarga kandung itu buka hati Norlina Alawi untuk tubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)
Rahana MD in Kisah Insan 3 days ago