SELEPAS dua tahun tidak meraikan sambutan hari raya semestinya sambutan Aidilfitri kali ini lebih hebat, kononnya mahu menggantikan raya-raya yang tertunggak sebelum ini.
Begitu juga persiapan mestilah dilakukan dengan lebih awal bagi memastikan raya disambut dengan meriah.
Bukan sekadar persiapan hidangan yang ingin dijamu kepada tetamu yang datang tetapi juga baju juga semestinya meriah dengan baju-baju yang istimewa.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan baju raya
Namun baru-baru ini tular dalam media sosial apabila seorang wanita berkongsi kisah sedih dirinya apabila baju raya yang ditempahnya pada harga RM20,000 rosak apabila terkena kuah sate.
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Farah memuat naik tragedi raya tersebut dalam akaun Tiktok miliknya @farahwen, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan berkata dia tidak sempat bergambar dengan keluarganya selepas busana yang disarungkan terkena kuah sate yang dimakannya. Malah kuah sate itu tidak hilang pada busana tersebut.
Alahaiā¦
Wanita tersebut menambah, lebih mengecewakan busana berkenaan istimewa dan bernilai ribuan ringgit yang menyebabkan dia terlalu kecewa.
Maklumlah baju mahal!
Perkongsian wanita hebat itu mendapat perhatian ramai daripada netizen.
Malah ada yang menyifatkan kain yang mahal itu lebih rendah kualiti kerana tidak mampu ditanggal dan tidak berbaloi harga yang dibayar.
Malah melucukan ada yang meninggalkan komen supaya dia menggunakan sabun kuning yang dibeli di kedai Eco untuk mencuci kesan kuah sate pada baju kayang tersebut.
Itulah ragam netizen, pelbagai idea yang dilontarkan. - KitaReporters