Insan & Komuniti 12 Jan, 2022

Akibat pendapatan terjejas! Nelayan pasrah dan tertekan! Minta suntikan mati dengan pemerintah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NAZARUDDIN Razali (kiri) bersama petugas hadir ke Pengadilan Negeri di Kota Lhokseumawe untuk membuat permohonan Suntikan Mati pada 6 Januari 2022. - Kredit foto: Dok. Istimewa


AKIBAT tertekan dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemerintah (kerajaan) telah mendorong nelayan dari Kota Lhokseumawe, Aceh membuat permohonan suntikan mati atau mencabut nyawa secara perlahan kepada Ketua Pengadilan Negeri setempat pada 6 Januari 2022.

Nelayan terbabit, Nazaruddin Razali, 59, warga Desa Pusong, Kacamatan Banda Sakti bertindak demikian kerana pasrah dengan nasib dirinya selain kecewa dengan tindakan pemerintah itu yang tidak membenarkan penternak ikan dalam sangkar di kawasan berhampiran kediamannya bagi memelihara ikan di Waduk (Kolam) Pusong.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nelayan


NAZARUDDIN sedang menjahit pukat di tepi sungai. - Kredit foto: AntaraNews


Pemerintah mendakwa keadaan air di kolam berkenaan tidak bersih serta beracun menyebabkan tidak sesuai  golongan penternak ikan di kawasan tersebut meneruskan aktiviti berikutan boleh membahayakan kesihatan kepada pengguna yang membeli ikan-ikan yang dipelihara di lokasi Waduk Pusong tersebut.

Semuanya itu dipercayai berpunca daripada pembuangan sampah-sarap serta sisa-sisa bahan kimia yang boleh mengancam keselamatan manusia.


Waduk Pusong di Lhokseumawe, Aceh. - Kredit foto: AcehTribuneNews


Namun lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa, walaupun pemerintah mengatakan air di kolam berkenaan mengandungi racun namun penduduk di kawasan Waduk Pusong itu sejak berpuluh-puluh tahun lalu masih memakan ikan yang diternak di sangkar di situ.

Malah, mereka menggunakan sebagai keperluan asas seperti mandi tetapi tidak mengalami masalah kesihatan.

Lebih menyedihkan, pemerintah turut melarang orang ramai supaya tidak membeli atau memakan ikan yang dipelihara di kawasan sangkar tersebut.

Akibatnya, masyarakat mulai rasa takut untuk membeli ikan-ikan yang diternak di sangkar Waduk Pasong, Kacamatan Banda Sakti, Kota Lhokseumawe.


 JARUN suntik


Berikutan tidak berpuas hati dengan larangan pemerintah itu, Nazaruddin telah membuat permohanan suntik mati ke Pengadilan (Mahkamah) Negeri Lhokseumawe pada 6 Januari 2022 dan permohonan tersebut sudah didaftar dengan nombor surat PNL LSM- 01-2022 KWS.

Dipetik laporan AntaraNews berkata, Nazaruddin membuat permohonan tersebut kerana tertekan dengan Pemerintah Kota Lhokseumawe yang menyuruh para penternak di situ memindah sangkar ikan mereka di Waduk Pusong.

‘’Jika pemerintah tidak peduli dengan nasib kami, saya minta suntik sahaja saya di depan Wali Kota Lhokseumawe berserta Muspika Banda Sakti,’’ katanya.

Nazaruddin melakukan permohonan tersebut kerana menilai pemerintah tidak berpihak terhadap para penternak ikan berkenaan yang sejak dari turun menurun bergantung hidup di kolam tersebut untuk menyara kehidupan keluarga.

‘’Saya terpaksa menanggung beban untuk membiayai kehidupan isteri dan tiga orang anak serta dua orang cucu.Jika usaha sangkar ikan dipindahkan. Bagaimana nasib kami dan lebih baik saya disuntik mati sahaja. 

"Berikutan dengan masalah itu, pendapatan kami sudah terjejas dan kesukaran untuk menyara perbelanjaan keluarga semakin terasa,’’ katanya. KitaReporters


NAZARUDDIN (kiri) bersama rakannya. - Kredit foto: AntaraNews

7
17
1
11
0
You will be interested