Insan & Komuniti 23 Jan, 2021

Misi bantuan banjir kariah Masjid Bandar Tun Hussein Onn! Pupuk sifat murni sambil berdakwah

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this



BIRO Dakwah Masjid Bandar Tun Hussein Onn (MBTHO) Cheras, Selangor mengambil inisiatif berdakwah melalui kempen Misi Bantuan Banjir Kariah MBTHO 2021 yang dilancarkan dari 14 Januari hingga 28 Januari 2021.

Kempen misi itu bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan khusus seperti mangsa banjir di Pantai Timur baru-baru ini, terutama yang teruk dilanda bencana itu seperti di Pahang yang secara tidak langsung memupuk sifat saling membantu dalam kalangan anak kariah BTHO.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Bandar Tun Hussein Onn:

https://kitareporters.com/search?search=bandar+tun+hussein



Pengarah program misi itu, Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman, berkata misi itu dianjurkan bersama enam surau dalam kariah MBTHO dan mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslimcare bagi memastikan mencapai matlamat sasarannya.

Menurutnya, biro itu menyasarkan dapat mengumpul sebanyak RM40,000 hasil sumbangan RM200 daripada 200 keluarga dalam kariah MBTHO yang akan digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan asas serta agihan wang tunai.


Misi bantuan mangsa Biro Dakwah MBTHO itu mendapat kerjasama NGO Muslimcare.


“Oleh kerana kekangan berada dalam zon merah Covid-19 selain mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sumbangan yang terkumpul itu akan diserahkan kepada Muslimcare untuk mengagihkan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada mangsa banjir yang dikenal pasti,” katanya.

Bagi memastikan misi itu mencapai kejayaan, Ustaz Wan Jemizan yang juga Ketua Biro Dakwah MBTHO bersama-sama beberapa ahli jawatankuasa biro itu turun padang dengan mengadakan Kayuhan Amal Kempen Misi Bantuan Banjir MBTHO 2021 dengan mengelilingi zon perumahan di BHTO pada pagi 16 Januari 2021 lalu.



Ustaz Wan Jemizan (kiri) bersama-sama ahli jawatankuasa Biro Dakwah MBTHO mengedarkan risalah dalam kayuhan amal kempen misi bantuan mangsa banjir kepada seorang penduduk di BTHO.


Menurut beliau, dengan mengedarkan sendiri risalah kempen misi itu memberi peluang kepada beliau dan ahli jawatankuasa terbabit menerangkan objektif dan tujuan sebenar program berkenaan dilancarkan bagi mengelak salah faham.

“Kami menitikberatkan perkara berkenaan supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap usaha murni ini di samping memberi keyakinan kepada ahli kariah bahawa sumbangan mereka akan dimanfaatkan kepada yang memerlukan bantuan. 

“Saya yakin dengan sikap pemurah ahli kariah BTHO sumbangan sebanyak RM40,000 dapat dikumpulkan sebelum hujung bulan (Januari 2021) ini supaya bantuan segera dapat disalurkan kepada mangsa banjir,” katanya.


Biro Dakwah MBTHO yakin dapat mengumpul RM40,000 sepanjang kempen misi bantuan banjir.


Ustaz Wan Jemizan berkata, sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akauan yang tertera dalam e-banner dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi wakil enam surau kariah yang terbabit iaitu beliau sendiri menerusi nombor telefon 012-2659070 atau Khairi 017-6118451 iaitu wakil MBTHO.

Ahli kariah juga boleh menghubungi Ahmad Zaidi 012-6384167 (Surau Al-Amin), Raja Fakran 012-3100588 (Surau As Siddiq), Hanafi 010-3342033 (Surau Al-Ansar), Saiful  019-2762646 (Surau Al-Fatonah), Nawi 014-3222790 (Surau An-Nur) dan Kamal 016-2474721 (Madrasah Cheras Perdana). - KitaReporters



Biro Dakwah MBTHO akan menyerahkan sumbangan yang terkumpul itu kepada Muslimcare untuk mendapatkan barangan keperluan asas dan mengagihkan wang tunai kepada mangsa banjir.

15
2
1
0
0
You will be interested