Insan 20 May, 2020

Selepas 9 minggu! Rakyat Ganu boleh solat Jumaat di 8 masjid

@mohammad ishak
Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membokar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain membokar perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

0

Share this

Selepas sembilan kali umat Islam negeri ini tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB) akibat penularan wabak COVID-19  sejak 18 Mac 2020 akhirnya penduduk negeri ini dapat melaksanakan ibadah itu pada 22 Mei 2020. Tapi hanya kepada lapan masjid. : KitaReporters

Masjid Negeri (Masjid Abidin), Kuala Terengganu


Kelonggaran itu yang dibenarkan hanya kepada lapan masjid utama di seluruh negeri ini, sebagai langklah keselamatan semasa tempoh PKPB.

Sehubungan itu, Kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengumumkan senarai lapan masjid yang dibenar mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, lapan masjid itu adalah masjid di setiap daerah masing-masing termasuk Masjid Negeri, Masjid Abidin bagi daerah Kuala Terengganu

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad 


Katanaya, di Daerah Kemaman, masjid yang dibenar adalah Masjid Sultan Ahmad di Chukai, Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah untuk (Dungun), Masjid Sultanah Nur Zahirah (Marang), Masjid Sultan Mahmud (Hulu Terengganu)

Mat Azmi berkata, masjid-masjid lain ialah Masjid Wakaf Tembesi di Daerah Kuala Nerus, Masjid Bandar Permaisuri (Setiu ) dan Masjid Sultan Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Besut.

Senarai Masjid yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat di Terengganu mulai 22 Mei 2020


Baru-baru ini Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan untuk institusi masjid di Terengganu dibuka bagi aktiviti solat Jumaat dan fardu berjemaah bermula Jumaat, 22 Mei 2020. 

Masjid Sultan Ahmad, Kemaman


Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat yang ketat seperti jemaah solat Jumaat tidak dibenarkan melebihi 40 orang. 

“Sehubungan itu, Pegawai Agama Daerah akan bertanggungjawab dalam mengenal pasti jemaah yang akan menghadiri solat Jumaat dan catatan ahli jemaah dicatat dengan teliti," kata dalam satu kenyataan media pada Isnin 18 Mei 2020. 

Masjid Tengku Ampuan Intan,Zaharah  Dungun

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan

Dalam perkembangan lain, umat Islam negeri ini tidak digalakkan menganjurkan aktiviti ziarah tanah perkuburan pada musim perayaan hingga melanggar prosedur operasi standard (SOP)  dalam tempoh PKPB.

Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang


Pengerusi Jawatankuasa Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, langkah itu bagi mempastikan tidak berlaku perhimpunan membabitkan jumlah ramai dalam satu-satu masa.

Masjid Nasiruddin Shah,Kampung Raja, Besut


“Walaupun belum ada keputusan peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu yang melarang kunjungan ke tanah perkuburan, namun perhimpunan ramai di mana-mana lokasi termasuk di tanah perkuburan adalah dilarang kerana ia melanggar peraturan ditetapkan sepanjang tempoh  PKPB,” katanya. - KitaReporters

You will be interested

Nantikan Elews Mart! 10 pasar raya runcit Ustaz Ebit Lew!!

Ustaz Ebit Lew sedang mengubah suai untuk membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit berharga murah untuk golongan berpendapatan sederhana ke bawah

Fauzan Ahmad in Insan 1 day ago

Janji Annuar Musa! Pengusaha macam Che Nah akan diberi lesen

Menanti selama 35 tahun, ibu tunggal, Minah Awang melakukan sujud syukur setelah menerima lesen perniagaan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa
Fauzan Ahmad in Insan 16 hours ago

Ibu muda lari tinggal anak, suami! Kerana ikut lelaki lain!

Seorang isteri berusia 22 tahun meninggalkan suami dan anak berusia tiga tahun dan disyaki lari dari rumah setelah berkenalan dengan lelaki lain melalui PUBG
Noor Hayati Mamat in Insan 21 hours ago

Demi kehormatan?? Gadis mati kepala dipenggal bapa sendiri!

Romina Ashrafi, 14, dibunuh oleh bapanya, Reza Ashrafi ketika tidur. Kesalahan Romina hanyalah kerana mahu berkahwin dengan Bahamn Khavari, berusia 35 tahun
Ahmad Abd Hamid in Insan 23 hours ago

Puding buih: Mangsa pertama meninggal dunia! Wanita 25 tahun

Seorang wanita berumur 25 tahun dari Marang menjadi mangsa pertama meninggal dunia akibat keracunan puding buih yang dibeli secara online pada akhir Ramadan
Mohammad Ishak in Insan 1 day ago