Insan & Komuniti 23 Mar, 2020

KEK KAHWIN TUMBANG, JODOHNYA PUN RUNTUH!!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

BARU enam bulan membina mahligai bahagia tetapi takdir menentukan jodoh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa, 32, dan isteri, Noor Azlin Ismail, 34,  terlerai jua. Mereka sah bercerai secara baik selepas masing-masing merasakan sudah tiada persefahaman hidup bersama. - KitaReporters.com

Alha Alfa mengahwini Noor Azlin pada 28 September 2019 di Taiping, Perak. - Kredit foto @alhaalfacosmetic.official769

Pengesahan perceraian itu disahkan pemilik nama sebenar, Abdul Al-Halim Mohd Al-Fadzil dalam satu entri yang dimuat naik d Instagramnya Ahad, 22 Mac 2020.

“Pertama sekali saya sudahpun meminta izin bekas isteri saya untuk menulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ini secara damai dan harap tiada pihak yang akan mengeruhkan lagi.

“Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri saya, telah membahagiakan saya setengah tahun bersama,” tulisnya.

Posting itu yang kemudiannya diturunkan turut menyebut beliau sebenarnya ingin berdiam diri dan tidak mahu nak membesar-besarkan hal tersebut supaya tidak mengaibkan sesiapa.

“Tapi mungkin ini ujian berat dalam hidup saya,” katanya.

Foto: Kredit IG @alhaalfa


Tambahnya lagi, penerimaan bekas isterinya terhadap kerjayanya juga berubah selepas mereka berkahwin dan situasi itu secara tidak langsung menyebabkan mereka sering berselisih faham.

“Mungkin kerana dirinya muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad. 

"Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja di luar dan lain-lain lagi membuatkannya tidak boleh terima kerjaya saya.

“Benda ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak ke kerja, saya risau nak keluar rumah untuk kerja, saya hampir hilang diri saya,” katanya.

“Saya tak mahu dia kemurungan, stres berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan lain-lain. Gambar saya luka itu saya bergelut menghalangnya daripada mencederakan diri.

“Saya tak boleh dan kalah bab ini sebab saya tidak dibesarkan dalam situasi macam ini. 

"Mungkin gurauan baginya tapi ini sangat menakutkan saya. Jadi, saya lepaskan dirinya sebaiknya,” jelasnya.


Dalam posting terbaharunya,  Alha hanya mencatatkan coretan dalam latar rona hitam putih berbunyi: 

“sy delete bukan sbb sy takut, tapi cukuplah beberapa org yg sempat baca n tau situasi yg berlaku, sy xnk exwife sy terganggu…

"Biarlah tamat begini kisah kami..doakan kami dgn jalan yg lebih allah luaskn selepas ini…aminn”.

Entri tersebut yang mendapat 55,943 tanda suka setakat ini turut menyaksikan Alha berpesan kepada netizen dan bekas isterinya.

“Kepada netizen, cakaplah selagi mampu,  fitnah n kutuk la sy selagi daya, kepada exwife, saya diam n berhenti disini bkn maksud sy kalah, tp cukuplah niat sy nak bgtau org yg awak bkn lagi isteri sy..

"So tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar saya terima semua ni, org akan mengata sy macam2 tapi allah ada, Semoga awak dpt pengganti yg baik, amiinn.”

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Alha bertiup kencang selepas sebuah akhbar menerusi satu ruangan pojok, mendakwa hubungan bersama isterinya, Noor Azlin sudah berakhir.

Gambar yang memperlihatkan kek perkahwinan tumbang. - Pix kredit  yoy network


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 September 2019 di Taiping, Perak, selepas mengikat tali pertunangan selama setahun. 

Namun yang paling gempar apabiila majlis resepsi penuh glam mereka menjadi viral apabila kek mewah perkahwinan buatan kaca setinggi lebih dua meter, tumbang.

Mungkinkah itu sudah menjadi petanda buruk bagi pasangan ini, hanya Allah yang dapat menjawabnya. - KitaReporters

1
4
11
0
4
You will be interested