Insan & Komuniti 24 Sep, 2020

Ma kurang sihat! Buah hati Cef Zam! Tunggang-langgang dunia!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PASTI anda pernah dengan kata-kata berbunyi "seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu". Kata-kata ini bukan saja direka-reka tetapi ia berdasarkan realiti yang berlaku. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. : KitaReporters

Jagalah ibu anda seperti mana mereka menjaga anda ketika kecil hingga mampu berdikari.


Lagi cerita-cerita berkaitan pusat jagaan:

https://kitareporters.com/search?search=pusat+jagaan


Sejak dulu lagi isu anak mengabaikan tanggungajawab terhadap ibu bapa menjadi duri dalam daging dalam masyarakat. 

Kalau tak benar, takkanlah pusat jagaan orang-orang tua tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Perangkaan ini menunjukkan betapa rapuhnya nilai kasih sayang dalam diri anak-anak terhadap orang tua mereka.

Selain individu, masyarakat juga bertanggungjawab menyemai kembali nilai-nilai kasih sayang antara anak dan ibu bapa. Dalam Islam sendiripun, sangat menekankan hal ini. Syurga itu terletak pada telapak kaki ibu. Reda ibu adalah reda Allah SWT.

Ibu Cef Zam dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit.


Mujur ada segelintir yang menunjukkan contoh terbaik dalam mendidik masyarakat agar menyayangi dan menghargai ibu bapa seperti Cef Zam atau nama penuhnya Zamzani Abdul Wahab, 50

Cef selebriti berasal dari Terangganu ini sering berkongsi momennya dalam media sosial bersama ibu apatah lagi ketika menjaga ibunya sakit di hospital.

Baru-baru ini ibunya yang kini sudah berusia 80 lebih telah dimasukkan ke hospital akibat diarea atau cirit-birit. Sebagai anak, Cef Zam mengambil tanggungjawab tersebut sepenuhnya.

Kadang-kadang rasa sebak dan bangga melihat betapa ranumnya kasih sayang yang ditunjukkan oleh Cef Zam terhadap wanita yang melahirkannya. Tanpa keluh kesah dan penat, menjaga ibu yang sedang sakit lebih daripada diri sendiri.

Kasih sayang yang dipamerkan oleh Cef Zam seharusnya dijadikan ikutan.


Satu sikap mulia yang harus dicontohi oleh semua orang. Selebriti seperti inilah yang perlu diikuti.

Menurut Cef Zam, dia bersyukur beberapa ujian kesihatan yang dilakukan kepada ibunya menunjukkan petanda baik. Malah, ujian COVID-19 juga negatif.

“Hari keempat di PPUM. Alhamdulillah semua ujian kesihatan bagus. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ujian COVID-19 pun negatif. Tapi Ma membebel sebab jururawat masukkan swab panjang dalam mulut dan hidung dia. Berair mata. Nak buat apa pun tak tahulah!” tulis Cef Zam.


Dalam masa yang sama, Cef Zam bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjaga ibunya. Luahnya, hidupnya menjadi tidak tentu arah kalau tahu ibunya tidak sihat.

Hati anak manalah tegar melihat ‘buah hatinya’ berada dalam keadaan tidak sihat.

“Syukur Alhamdulillah Allah bagi saya peluang (rezeki) jaga ibu sendiri sejak bertahun dulu. She is the center of my universe. Bila Ma kurang sihat seperti selalu, tunggang-langgang dunia saya. Buat apa pun tak boleh fokus. Physically dan mentally draining.

“Tapi saya bertuah ada anak sedara lelaki yang tak segan silu menemani dan menjaga neneknya di wad siang malam. Doa saya agar Allah SWT panjangkan umur ibu saya dan kurniakan kesihatan yang baik seperti sedia kala supaya kami boleh terus menjaga dan merawatnya lebih lama lagi. Amiiin YRA,” luahnya.


Sementara itu rata-rata pengikut Cef Zam dalam Instagram mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibunya. Malah, mereka sangat bangga dan terharu melihat sikap dan kasih sayang yang dipamerkan oleh Cef Zam itu. Rakan-rakan artis juga turut mendoakan kesihatan ibu Cef Zam.


Semoga apa yang ditunjukkan oleh Cef Zam ini dapat memberi pengajaran dan dicontohi terutama generasi muda. 

Sayangi dan jagalah kedua-dua orang tua kita seperti mana mereka menjaga kita ketika kecil. - KitaReporters

 

4
1
0
0
0
You will be interested