Insan & Komuniti 04 Nov, 2021

Video| Nenek 2 cucu bergelar ratu ular! Hidupnya bertemankan 75 ekor ular! Termasuk ular tedung!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NENEK Lin tanpa merasa takut serta geli sedang memegang seekor ular yang dipelihara di rumahnya. - kredit foto : Kompas.com


BAYANGKAN sekiranya anda tersempak dengan seekor ular yang berbisa ataupun tidak sudah tentu anda akan  melarikan diri kerana takut dipatuk oleh haiwan itu. 

Namun apa yang terjadi ke atas seorang wanita yang berstatus nenek bernama Indrastuti, 57, dari Kelurahan Karangpucung, Kecamatan Purwokerto Selatan, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah hobinya agak pelik sedikit sebaliknya ia lebih ekstrem dengan memelihara pelbagai spesis ular

Sehingga kini, sebanyak 75 ekor ular telah dipelihara di rumahnya yang membayangkan setiap hari kehidupannya bertemankan haiwan berbisa tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular

Kredit foto : Kompas.com



Indrastuti yang lebih mesra dengan nama Lin telah digelar sebagai ratu ular dalam kalangan penduduk setempat berkata dia sudah tertarik memelihara ular sejak dari kecil lagi.

Memetik  Kompas.com pada 31 Oktober 2021 melaporkan, ketika itu masyarakat di kawasan itu agak terkejut kerana ada seorang wanita yang mempunyai hobi pelik daripada orang lain akibat tidak merasa takut dan berminat pula dengan pemeliharaan ular.


BEBERAPA pemuda warga desa sedang bermain dengan ular yang jinak yang dipelihara di rumah Lin. - Kredit foto : Kompas.com


Lama kelamaan selepas itu, warga kampung turut kagum dengan keberanian Lin itu kerana dia tidak merasa bimbang dengan keselamatan dirinya akibat ular-ular yang dipelihara itu sama ada berbisa ataupun sebaliknya telah menjadikan rakan sepermainannya.

Dalam hal ini, sekiranya masyarakat kampung menghadapi masalah berkaitan dengan ular ataupun haiwan itu memasuki rumah mereka sudah tentu Lin akan dipanggil untuk menangkap haiwan berbisa tersebut.


Kredit foto : Kompas.com


"Saya tidak tahu entah kenapa hati serta jiwa saya amat tertarik dengan ular sejak dari kecil lagi dan saya betul-betul sayangkan haiwan itu.

"Jikalau ada salah seekor ular itu sakit, hati saya sudah risau dan kalaulah haiwan itu mati, saya akan bersedih dan menangis kerana jiwa saya sudah sebati dengan haiwan itu," katanya yang mempunyai dua orang cucu.


Kredit foto : Kompas.com


Lin memberitahu dia sering menangkap ular-ular yang memasuki rumah warga dan ular yang ditangkap itu kemudian dipeliharannya.

Nenek itu juga bercadang untuk menubuhkan satu pasukan ular bagi mengatasi masalah ular di daerah itu. - KitaReporters


Kredit foto : Kompas.com

12
11
0
12
1
You will be interested