HUBUNGAN ibu dan anak sememangnya akrab, walaupun ibu seorang yang garang tapi ada masanya lembut dan manja kepada si anak tetap ada.
Sama juga dengan kisah dua beranak ini, pelakon Harris
Annuar yang terlalu rapat dengan ibunya, Zaiton Hassan, seorang pengasas
kecantikan.
Pengacara muda itu yang dipanggil Aboy dalam keluarga terdekat sering memuat naik video termasuklah menyakat ibunya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ibu:
https://kitareporters.com/search?search=ibu
ANAK Mak.. Harris bersama ibunya, Zaiton Hasan seorang pengasas kosmetik yang terkenal suatu masa dahulu. Kredit Foto kecantikanfesyenkesihatan.blogspot.com.
Menariknya ibunya seorang yang sporting dan dilihat bersahaja melayan kerenah anak bongsunya, Mohammad Harris Shahrul Annuar, yang juga bekas Hero Remaja 2017/18.
Terbaharu ibunya, Kak Ton bertindak ‘membalas dendam’ dengan mengenakan semula anak bongsunya itu.
Keletah Harris dan ibunya sering mencuri tumpuan pengikut dengan pelbagai muslihat dan idea yang dilakukan bagi menyakat ratu hatinya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagram @harrisannuar menunjukkan dia didatangi ibunya bersama kakaknya Nadia
yang turut merakam momen berkenaan.
Namun Harris yang ketika itu sedang berehat santai di
atas katil di dalam bilik menolak hadiah yang diberikan oleh ibunya yang menggunakan
kotak sama yang pernah diberikan kepada ibunya sendiri.
Malah Harris merasakan ibunya menyakat kepadanya
dengan memberikan ‘sesuatu’ sebagai membalas dendam.
Dia berkali-kali menolak pemberian berkenaan, walaupun ibunya menyatakan ikhlas memberikan hadiah kepada anak lelakinya.
Situasi berkenaan menyebabkan Kak Ton terpaksa membuka
sendiri kotak putih yang berisi beberapa keping wang tunai RM50.
Alahaiiii…ruginya kan dah terlepas!
Perkongsian melucukan itu dirakam sendiri oleh kakaknya yang dilihat bersekongkol dengan ibunya.
Terdahulu, Harris pernah mengenakan ibunya dengan memberikan sebuah kotak berwarna putih dan meminta ibunya membuka kotak berkenaan.
Lebih mengejutkan dalam kotak berkenaan turut kedengaran bunyi katak, sekali gus menyebabkan ibunya geli dan menolak untuk membuka hadiah berkenan.
Namun selepas dibuka rupanya kotak berkenaan bukanlah berisi seekor katak, sebaliknya hanya rakaman bunyi katak yang dipasang menggunakan video di telefon berkenaan.
Aksi ibunya yang berjaya membalas dendam itu meraih perhatian pengikut yang masing-masing terhibur dengan keakraban dua beranak berkenaan.
Semoga dua beranak itu sentiasa dalam rahmat-Nya. Inilah dikatakan anak Mak! - KitaReporters