Insan & Komuniti 28 Oct, 2020

Maut dalam nahas! Hasrat hantar anak sekolah tak kesampaian!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

HASRAT seorang ayah untuk menghantar anaknya belajar di sekolah tidak kesampaian apabila dia maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 38, Sungai Tong, Setiu, Terengganu hari ini Rabu, 28 Oktober 2020. : KitaReporters


ABDULLAH ZULEKIPLI JUSOH


Lagi cerita-cerita berkaitan kemalangan:

https://kitareporters.com/search?search=kemalangan


Mangsa yang terbunuh itu ialah Abdullah Zulekipli Jusoh, 61,  yang tinggal di Felda Belara, Kuala Terengganu terbunuh di tempat kejadian, manakala empat orang lagi mendapat cedera parah akibat perlanggaran empat kenderaan tersebut yang berlaku pada kira-kira pukul 7.30 pagi. 


SALAH sebuah daripada empat buah kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 38, Sungai Tong, Setiu, Terengganu


Mangsa kemalangan yang mendapat cedera parah ialah anak Abdullah Zulekipli, Mohd Hasiffuddin Abdullah Zulekipli, 13,  dan tiga orang lagi dipercayai dari satu keluarga dari Segamat, Johor iaitu Sharifah Fauziah Zani, 40; Mohd Musim Mohd Yunus, 41; dan Nur Insyirah Husna Mohd Muslim, 6. 

Empat mangsa berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas dihantar di Hospital Setiu.


 

KERETA Honda City yang dipandu oleh Abdullah Zulekipli



Sebelum itu, Allahyarham Abdullah Zulekipli, yang bekerja di sebuah kilang, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya untuk menghantar anaknya, Mohd Hasiffuddin yang sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong, Setiu.

Sebaik sahaja Abdullah Zulekipli keluar dari rumahnya kira-kira 20 minit kemudian mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa arwah dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, kemalangan tersebut berlaku dipercayai berpunca apabila sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong sebuah kenderaan lain. 

Menurutnya, semasa memotong, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta Allahyarham yang datang dari arah bertentangan. 

Beliau berkata, ketika kejadian itu, dua buah kenderaan lain yang berada di belakang kereta mangsa terbunuh itu tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku kemalangan membabitkan  empat buah kereta di kawasan berkenaan.


VAN Jenazah Hospital Setiu yang membawa jenazah Abdullah Zulekipli untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam  Felda Belara, Kuala Terengganu.


``Abdullah Zulekipli meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang berada di sebelahnya mendapat cedera parah di kepala dan peha, ‘’ katanya ketika dihubungi hari ini, Rabu 28 Oktober 2020. 

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - KitaReporters

10
9
126
11
6
You will be interested