Bayangkan sekiranya artis nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masuk live anda! Bukan biasa-biasa ya! Kalau tak kuat, mahu histeria dibuatnya.
Yelah, bukan senang artis ternama nak masuk mencelah dalam live kita. Pasti ada sesuatu yang menarik hingga figura ternama mahu menyelit sama.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan aplikasi TikTok bernama Mek Dinda apabila siaran langsungnya ‘dikunjungi’ Siti Nurhaliza. Gembiranya bukan kepalang apabila menyedari penyanyi nombor satu itu bukan memasuki livenya tetapi telah memberinya hadiah.
Apa yang lucunya, siaran langsung yang pada permulaannya tenang itu menjadi haru-biru.
Dalam video yang dikongsinya itu, kelihatan Mek Dinda yang merupakan sepupu kepada jurusolek artis terkenal, MUA Bellaz, sedang bersiaran langsung di dapur.
Dia yang ketika itu mahu menggoreng keropok lekor menyedari Siti Nurhaliza memasuki siaran langsungnya malah memberikannya hadiah.
Terkejut dan gembira, lantas dia memanggil ibu mentuanya untuk memberi sepatah dua kata kepada penyanyi itu.
Kerana teruja, Mek Dinda memanggil ibu mentuanya untuk memberi ucapan terima kasih kepada Siti Nurhaliza.
Di situlah kelakuannya mula menjadi haru-biru kerana
terlalu teruja. Paling melucukan, adegan menyanyi dan menggoreng keropok lekor.
Dalam kekalutan itu, dia telah menggoreng keropok lekor tanpa menghidupkan api
terlebih dahulu.
Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana sudi memberi hadiah.
Sebagai penghargaan, dia mula menyanyikan lagu-lagu penyanyi tersebut. Malah, dia juga menjelaskan kepada Siti Nurhaliza, sepupunya iaitu MUA Bella meminati penyanyi tersebut.
Kelakuannya itu mengundang gelak tawa para
pengikutnya dalam TikTok. Paling menjadi tumpuan adegan menggoreng keropok
tersebut.
“Tahniah Mek Dinda! Siti Nurhaliza masuk live, package bagi gift sekali tu. Terus jadi tak keruan tu. Nak goreng keropok je pun,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters