Insan & Komuniti 02 Jan, 2024

Sabar bang! Beras dahlah mahal, jatuh pula! Sebak tengok lelaki kaup beras bertaburan di atas jalan!

@makasom ab halim
Memulakan kerjaya dengan Bacaria dari 1986 hingga 1997, Penyunting Eksekutif Harian Metro hingga 2020. Penterjemah rencana dari akhbar Indonesia.

Share this


Hati siapa tidak tersayat, beras  dibeli dah la mahal, jatuh dan berterabur pula di atas jalan. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Nak dibiarkan sayang, terpaksalah mengutipnya kerana itulah rezeki untuk keluarga.

Berdasarkan video dikongsikan di Facebook Penang Kini, kelihatan seorang lelaki mencangkung di sebelah basikalnya sambil mengaup beras yang bertaburan dipercayai terjatuh ketika pulang dari kedai. 



Video itu menuai rasa simpati netizen. Melihat ruang komen, ramai yang mendoakan agar dia digantikan dengan rezeki lain yang lebih baik.

"Allahuakbar, kesiannya. Beras dahlah mahal. Semoga dipermudahkan segala urusan.

"Semoga Allah gantikan dengan lebih baik dan dimurahkan rezeki semua yang membaca ni.

"Semua kedai & pasaraya tidak membekalkan plastik ke untuk pembeli beras, alasan sebab beras dah ada plastik. Kesudahannya akan jadi macam ni," antara komen netizen.



Pada kala ramai netizen bersimpati dengan nasib lelaki itu, ada juga komen yang mempersoal tindakan perakam video kejadian itu.

"Rakam ajer?

"Ambil video siap edit lagu sedih. Tak tolong turun bantu, tapi ambil video dapatkan view dan like.

"Rakam dulu baru tolong ka? Semoga murah rezeki brader tu," kesal netizen.

Semoga lelaki berkenaan tabah menghadapi dugaan di dunia ini dan rezekinya dlimpahkan. - KitaReporters


 

12
15
0
10
0
You will be interested