Insan & Komuniti 09 Aug, 2023

Gila Hindustan| Di sebalik glamor, Rekha kecewa! Dilabel anak luar nikah! Cinta pula tak terbalas!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


DALAM usia 68 tahun, Bhanurekha Ganesan @ Rekha masih jelita. Daya penariknya tidak terjejas pun. Mata, lenggokan badan yang seksi dan gaya menggoda masih menakutkan ramai isteri pelakon Bollywood. 

Dulu masa mudanya, ramai bimbang suami mereka kena sondol oleh 'si kupu-kupu' malam itu. Namun tiada yang tahu, cintanya hanya satu dan tidak pernah berubah dan tidak luntur ditelan masa. 

Aktor pujaannya? Tak lain dan tak bukan dikatakan Amitabh Bachchan ayah pelakon filem Dhoom tu, Abhishek Bachchan dan mentua Ratu Cantik Dunia, Aishwarya Rai Bachchan.


Kisah cinta tiga segi Rekha, Amitabh dan Jaya Bachchan


Wikipedia pada 19 April 2022 memetik laporan salah satu sebab Rekha mengajak Amitabh berkahwin kerana dia tidak mahu dipanggil sebagai "wanita lain" dalam hidupnya. Namun Amitabh tidak bersedia untuk meninggalkan Jaya pada masa tu. Dan cinta mereka pun "terlerai" begitu saja.

Seperti dilaporkan oleh media Bollywood, selepas penggambaran filem “Silsila”, pasangan itu mula menjarakkan diri dan terputuslah kasih. Memang Rekha ada niat meminta Amitabh menikahinya tetapi ditolak oleh Big B.

Rekha mungkin paling 'dibenci" oleh Jaya sehinggalah baru-baru ni mereka baru mahu bersalam damai. Rekha memuji Jaya sebagai wanita yang ada kelas, punyai keistimewaan yang berjaya mengikat ketat hati lelaki itu.



Ketika ditanya kenapa Rekha masih memakai sindoor (tanda di dahi wanita berkahwin), Rekha menjawab mudah saja. Biasa di tempatnya, sindoor itu adalah fesyen.

Rekha tidak  digemari kerana orang Bollywood banyak mencelanya dengan panggilan menghinanya.

Walaupun ada pelakon muda sekarang mahu menjadi sepertinya dan mengidolanya. Salman Khan, misalnya sejak kecil memujanya sampai berkata, mahu melamar Rekha bila dia dewasa.

Di sebalik hidup glamor, terselit kisah cinta yang pilu.  

Rekha dicop anak luar nikah. Ibunya bekas pelakon filem Tamil, Kandala Venkata Pushpavalli Tayaramma @ Pushpavalli bermain cinta dengan aktor tersohor tahun 1950-an, Ganapathi Subramania Sharma aka Gemini Ganesan. Dan mereka bernikah senyap-senyap.


Ayah Rekha, Gemini Ganesan


Ibu Rekha, Pushpavalli


Savitri, isteri Gemini selepas ibu Rekha.


Ayahnya enggan mengakui Rekha anak kandungnya dan pernah dalam temu bual bersama Simi Garewal, Rekha percaya ayahnya mungkin tidak sedar dia wujud. 

Bagaimanapun apabila Rekha popular, ayahnya cuba menghubunginya. Malangnya hingga saat kematian bapanya pada tahun 2005, Rekha enggan bertemunya. Gemini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan diberi pengkebumian negara.

Dia ada seorang adik namanya Radha yang berkahwin dan berhijrah ke Amerika Syarikat.

Ibu Rekha berkahwin senyap-senyap dengan Gemini yang sudah ada isteri ketika itu, Alamelu Ganesan. Ketika itu undang-undang belum melarang poligami. 

Bagaimanapun, ibu Rekha ditinggalkan begitu saja bila ayahnya jatuh cinta lagi dengan pelakon Savitri dan mereka dikatakan turut berkahwin. Savitri akhirnya jadi pemabuk dan mati.


Wanita dalam hidup ayahnya.


Menjejakkan kaki dalam dunia filem Tamil ketika usia 12 tahun tetapi pada usianya 14 tahun, ibu Rekha sakit dan tidak mampu lagi menyara anak gadisnya itu. Maka bermulalah kehidupan penuh suka duka, sehingga Rekha beralih ke Bollywood.

Selepas pindah ke Bombay pada 1969, Rekha ditawarkan berlakon oleh penerbit yang juga pengarah filem, Mohan Sehgal dalam filem Sawan Bhadon, menceritakan kisah seorang gadis kampung, Chanda yang tidak direstui berkahwin dengan kekasihnya, lakonan Navin Nischol.

Menurut laporan Republic TV Rekha memiliki harta US$40M (RM182.2 juta) dan mendapat RM3 juta setahun daripada gaji dan elaun, manakala pendapatan kedua sebagai duta promosi jenama barang dan juri acara realiti yang dikatakan dia cajkan mereka 5 hingga 6 crores. Dia kini diuruskan oleh seorang setiausaha.

Rekha pernah kahwin selama tujuh bulan pada 2 Oktober 1990 dengan jutawan peralatan dapur jenama Hotline, Mukesh Aggarwal. Malangnya suaminya mengalami kemurungan dan bunuh diri ketika Rekha berada di London. 

Dan dalam dua kes lain, Rekha turut digosipkan berkahwin senyap-senyap dengan aktor Vinod Mehra pada 1973. Manakala Sunjay Dutt pula dilaporkan meninggalkan isteri untuk bersama Rekha,

Bagaimanapun penulis biografi Rekha: The Untold Story, Yasser Usman pada 26 Ogos 2020 menafikan khabar angin dan berkata Rekha dan Sanjay Dutt hanya pasangan filem Zameen Aasmaan. - KitaReporters



 

10
13
0
9
0
You will be interested