Insan & Komuniti 22 Oct, 2022

Keluarga Malaysia: Tolong kami! Bantu Che Su Hitam! Lumpuh seluruh badan! Alami penyakit strok!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

CHE Su Hitam 52, lumpuh seluruh badan sejak tiga bulan lalu namun mampu tersenyum ketika wakil portal KitaReporters mengunjungi rumahnya baru-baru ini.

Tinggal di Kampong Orang Asli Lubuk Legong, Baling, Kedah, Che Su tidak mampu bergerak tanpa dibantu oleh suaminya Sani Halim 56, baik ketika untuk menyalin pakaian atau kain yang dipakainya.

Che Su Hitam, 56, dari Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling yang lumpuh sejak tiga bulan lalu rayu bantuan lampin pakai buang.


Sani yang hanya bekerja kampung memberitahu, setiap hari lampin pakai buang yang dipakai isterinya terpaksa diganti baru.
Menurutnya, sepanjang tempoh isterinya mengalami strok, ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan kepada mereka untuk meringankan beban kewangan yang mereka tanggung
Katanya, semua barangan yang digunakan hasil bantuan mereka yang menziarahi isterinya.
Walaupun keluarga ini daripada masyarakat Orang Asli namun mendapat simpati masyarakat setempat dan pemimpin politik dalam kawasan Parlimen Baling.
Sani yang mempunyai 3 orang anak berusia 25 hingga 16 tahun kini terpaksa menjaga Cik Su yang terlantar sepenuh masa dan tidak bekerja.

Sani Halim, 56, membantu isterinya yang lumpuh sejak tiga bulan lalu.


Sementara itu , beberapa persatuan NGO termasuk Persatuan Wanita Prihatin Pulau Pinang ketika dihubungi berkata mereka akan berusaha untok sampai ke rumah Che Su nanti.
Semantara itu, Tok Batin masyarakat Orang Asli Kampong Lubuk Legong, Razali Kulim berkata, pihaknya sedia menerima kunjungan pihak persatuan sukarela dan NGO yang sudi membantu meringankan tanggungan keluarga Sani dan Che Su dalam memberikan bantuan yang diperlukan.
Razali juga berterima kasih pada Ahli Parlimen Baling, Dato Seri Abdul Azeez Rahim yang menghantar wakilnya untuk menyampaikan sumbangan beliau pada keluarga Sani dan Che Su baru-baru ini. - KitaReporters

Razali Kulim 

12
10
0
13
0
You will be interested