Insan & Komuniti 22 Sep, 2022

Video| Sabar dik! Gadis cashier kongsi cara tenangkan diri! Berdepan dengan pelanggan marah-marah!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PENGALAMAN seorang gadis yang bekerja sebagai ‘cashier’ (juruwang) di sebuah kedai minuman kopi antarabangsa terpaksa menenangkan diri beliau setelah berhadapan dengan gelagat pelanggan yang menghempas duit atas meja kaunter pembayaran meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @fazierra_, kelihatan beliau melakukan pergerakan seperti senaman diri bagi menenangkan diri setelah diuji dengan ragam pelanggan ketika bekerja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tugas seorang juruwang


Ini cara saya kawal diri saya selepas mendapat pelanggan yang suka hempas duit dekat cashier dan marah tanpa sebab,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan kata semangat agar terus kuat kepada gadis tersebut serta menganggap sebagai satu cabaran bekerja dalam bidang yang akan berinteraksi ragam pelanggan.



“Mental kena kuat nak berhadapan dengan pelanggan yang memounyai banyak ragam, kekal kuat kak,” jelas @ezzah.

“Mental kena kuat adik, sebab pelanggan ini banyak ragam. Semoga kita sama-sama kuat ya,” kata @QueenNatha.

“Tidak salah untuk berbuat baik dengan semua orang, kadang-kadang cashier pun ada hari buruk dia juga, bila pelanggan hempas duit macam itu sahaja lagi rasa nak menangis,” ujar @mimoo. -  KitaReporters

6
12
0
17
0
You will be interested