Insan & Komuniti 02 Oct, 2024

Karnival Kita Madani! Rapatkan hubungan peneroka Felda, komuniti luar! Rai 96 ketua Komuniti Madani!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


KARNIVAL Kita Madani anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu yang berlangsung  di Felda Chalok Barat, Setiu, merapatkan hubungan antara peneroka Felda dan komuniti luar.

Karnival dianjurkan dengan kerjasama Felda Wilayah Terengganu ini berlangsung dengan meriah dengan menyediakan pelbagai acara menarik termasuk sukaneka, pameran dan kaunter perkhidmatan agensi kerajaan serta swasta, cabutan bertuah dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tabika.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang membeli produk hasil penduduk tempatan dan barangan keluaran Felda.


Acara Senam Seni

Karnival Madani turut diserikan dengan persembahan koir dan sketsa kenegaraan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, Setiu.

Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Sait Yaman telah merasmikan karnival tersebut. Turut hadir ialah Pengarah Felda Wilayah Terengganu, Saharuddin Ab. Rahman.



Sempena program tersebut, 96 ketua Komuniti Madani dari seluruh kawasan Parlimen di Terengganu turut diraikan dengan majlis penyampaian watikan pelantikan.

Karnival yang julung kali diadakan membabitkan peneroka dan komuniti luar itu turut memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan persembahan pentas berkonsepkan kemerdekaan negara. - KitaReporters


KETUA Komuniti Terengganu menerima watikan pelantikan. - Kredit foto: JaPen Terengganu.

 

5
13
0
16
0
You will be interested