Insan & Komuniti 25 Jan, 2024

Terima kasih Mr DIY! 2k pelajar universiti pasti lega! Terima sumbangan berupa stok makanan asas!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Yayasan Mr DIY, badan amal milik peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan Mr DIY (M) Berhad (Mr DIY), mendekati empat universiti di Lembah Klang dan mengedarkan bungkusan makanan di bawah program #DIY4Universiti dalam inisiatif 'University Foodbank'.

Lebih daripada 2,000 bungkusan makanan yang mengandungi mi dan bubur segera, uncang teh, dan biskut krim telah diedarkan kepada para pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Mengulas tentang inisiatif tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin berkata, "Kami sedar akan beban kewangan yang sering dialami para pelajar universiti menjelang hujung bulan. 

"Inilah sebabnya kami menjalankan inisiatif 'University Foodbank' untuk meringankan bebanan mereka. 

"Matlamat Yayasan Mr DIY adalah untuk terus menyokong perjalanan pendidikan dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka, supaya para pemimpin masa depan kita dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perihal akademik mereka. 

"Kami berharap syarikat atau organisasi lain akan menyokong inisiatif yang baik ini, kerana bersama-sama, kita boleh melakukan perubahan yang bermakna."

Zaleha mengucapkan terima kasih kepada semua institusi yang terlibat, atas kerjasama mereka dan kerana membantu memastikan pengedaran bungkusan makanan kepada para pelajar universiti berjalan lancar.



#DIY4Universiti adalah sebahagian daripada siri inisiatif yang dibangunkan untuk membantu dan menyokong komuniti universiti yang memerlukan. 

Dalam inisiatif ini, lebih daripada 100,000 kit ujian percuma telah diagihkan kepada universiti-universiti tempatan di seluruh Malaysia, meningkatkan kesedaran mengenai COVID-19 kepada para pelajar tentang keselamatan diri dan komuniti universiti semasa pandemik. 

Inisiatif ini juga melibatkan pengedaran RM3.6 juta dalam bentuk wang tunai melalui e-wallet kepada 12,000 pelajar universiti tempatan.

Yayasan Mr DIY memberi tumpuan kepada perlindungan alam sekitar, kesihatan, pembinaan kapasiti, dan pembangunan seni dan budaya. Ditubuhkan pada Jun 2023, yayasan ini komited untuk memberikan impak positif kepada semua rakyat Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
10
0
13
0
You will be interested