Insan & Komuniti 10 Jan, 2023

Mangsa dera kritikal! Dirawat HSNZ! Tiga pengasuh taska direman! Dipercayai dera bayi lelaki 4 bulan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Gambar hiasan.


POLIS telah menahan reman tiga pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi membantu siasatan seorang bayi lelaki berusia empat bulan mengalami pendarahan beku di kepalanya yang dipercayai didera oleh mereka pada minggu lalu.

Mangsa yang turut mengalami keretakan tempurung di kepalanya  kini dilaporkan kritikal sedang dirawat di Unit Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sejak 4 Januari 2023 lalu. 


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan kes-kes penderaan

TIGA pangasuh taska ditahan reman selama enam hari dipercayai terbabit kes penderaan bayi lelaki berumur empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 10 Januari 2023. - Kredit foto: Berita Harian


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tiga pelaku berumur 22 hingga 33 tahun itu dipercayai terbabit melakukan penderaan pada mangsa. 

Beliau berkata, suspek wanita terbabit ditahan reman selama enam hari bermula pada 10 Januari 2023 dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama 20 tahun ataupun keduanya sekali.

Menurutnya, kejadian itu disedari bapa mangsa yang berumur 29 tahun selepas mengambil anaknya di taska tersebut pada Rabu, 4 Januari 2023. 

Bapa itu mendapati bayi itu dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum dibawa ke HSNZ.

Beliau berkata, berikutan dengan kejadian tersebut, bapa mangsa yang bertugas sebagai pegawai perubatan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada petang kejadian.


ROHAIMI MD ISA 


``Hasil pemeriksaanmendapati terdapat pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung  kepala mangsa,’’ katanya kepada pemberita di Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu (Januari 2023) di pekarangan IPK Terengganu di Kuala Terengganu pada hari ini, Selasa, 10 Januari 2023.

Sebelum itu, kata Rohaimi, ketiga-tiga pelaku itu dipanggil untuk memberi keterangan tetapi mereka menafikan kejadian itu dan keterangan mereka meragukan.

Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska tersebut mendapati suspek memukul kepala bayi itu dengan tangan. 

Susulan kejadian itu, mereka ditahan di taska itu oleh anggota polis Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu pada petang 9 Januari 2023. - KitaReporters


15
13
2
16
1
You will be interested