PENGANTIN wanita sedang memeluk bekas kekasihnya (berbaju batik biru) ketika bersanding di atas pelamin di Sulawesi Selatan, Indonesia, baru-baru ini. - Kredit foto: TikTok @nonasulawesi7
MENJALIN hubungan cinta yang dilalui dalam tempoh masa yang agak lama sudah pasti pelbagai kenangan manis atau pahit sukar dilupakan sekiranya ikatan asmara itu tidak berakhir dengan perkahwinan.
Terkadang, hubungan cinta yang terkandas di tengah jalan itu menyebabkan bekas kekasih merasa sedih apabila wanita yang menjadi idaman hati telah dijodohkan dengan lelaki lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bekas kekasih
Dalam kejadian yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini amat mengejutkan masyarakat setelah seorang lelaki tanpa segan dan malu telah memeluk pengantin wanita ketika bekas kekasihnya itu sedang bersanding di atas pelamin.
Portal Dream.co pada 21 November 2022 lalu dipetik berkata, akibat perbuatan lelaki itu yang telah mengaibkan pada majlis perkahwinan bekas kekasihnya (wanita).
Ia menjadikan tetamu undangan kecoh seketika pada majlis itu lantaran keluarga pengantin lelaki telah meminta semula wang hantaran daripada pengantin wanita terbabit.
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @nonasulawesi7, seorang lelaki yang memakai baju batik berwarna biru menghadiri pernikahan mantan kekasihnya.
Pengantin wanita (bekas kekasih lelaki itu) dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain yang dijodohkan oleh kedua-dua orang tuanya.
Orang tua telah menikahkan anak perempuannya dengan lelaki lain tanpa memperdulikan anaknya sudah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih yang datang di majlis perkahwinan wanita itu.
Kredit foto : TikTok @nonasulawesi7
Dengan kehadiran lelaki berbaju batik bersama kawan-kawannya, pengantin wanita yang sedang bersanding di atas pelamin tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis di pelamin.
Sebelum itu, lelaki tersebut bersalaman dengan pengantin lelaki dan wanita.
Ketika bersalam, pengantin wanita yang sedang menangis tiba-tiba dia memeluk mantan kekasihnya di depan suaminya, mertua dan kedua-dua orang tua dan kejadian itu turut mengejutkan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan.
Berikutan dengan kejadian itu, kedua-dua orang tua pengantin lelaki pengsan dan mereka meminta semula wang hantaran daripada keluarga pengantin wanita akibat malu.
‘’Secara spontan ibu bapa pengantin lelaki pengsan seketika dan pengantin lelaki meminta kembali wang hantaran kerana malu dengan para tetamu selain pengantin wanita tidak sepatutnya berbuat demikian walaupun lelaki itu mantan kekasihnya,’’ kata @nonasulawesi7. - KitaReporters
Kredit foto: TikTok @nonasulawesi7