Insan & Komuniti 04 Jan, 2023

PM, MB Kedah diharap hadir! Walimatulurus Perdana! Masjid Al Muhajirin, Sungai Petani! 21 Jan 2023!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pasangan pengantin akan diraikan pada majlis kenduri di Masjid Al Muhajirin Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah. 

Pengerusi dan ahli jawatankuasa Masjid Al Muhajirin Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah mengharapkan kehadiran Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraikan enam pasangan pengantin yang akan mengadakan kenduri di pekarangan masjid itu pada 21 Januari 2023 nanti.

Pengerusi dan imam masjis itu Ustaz Mohd Robieawal Hashim, 34, berkata, majlis kenduri Walimatulurus Perdana akan membabitkan enam pasangan yang menetap di kariah itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan

Enam pasangan pengantin yang akan mengadakan kenduri secara serentak.


Katanya, setiap pasangan hanya dikenakan bayaran RM3,000 untuk majlis kenduri dan jemputan kepada 1,750 buah keluarga islam akan dilakukan oleh pihaknya.

Manakala setiap pengantin pula akan menerima 1,000 kad jemputan untuk mereka menjemput ahli keluarga atau kenalan mereka.

“Program ini adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami selaian daripada aktiviti yang membabitkan pelajar sekolah, ibu tunggal, belia dan warga emas,” sambungnya lagi.


Pengerusi dan imam masjis itu Ustaz Mohd Robieawal Hashim.


Dalam pada itu mereka juga mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan dari mana-mana organisasi atau perseorangan yang ingin menaja atau memeriahkan majlis kenduri ini.

Beberapa agensi kerajaan, persekutuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga telah dijemput ke majlis ini.

Ustaz Mohd Robieawal menambah pihaknya juga gembira kerana hasil pertemuan dengan keluarga pasangan pengantin itu mereka juga telah bersetuju untuk menyumbangkan semula wang yang diterima nanti oleh mereka yang hadir bagi pembinaan sekolah pendidikan Islam/KAFA masjid itu yang menelan belanja kira-kira RM1.4 juta.

Katanya pusat pendidikan yang akan didirikan ini dijangka memuatkan 400 murid dengan sembilan kelas. Fasa pertama pembinaannya telah berjalan dan hampir RM300, 000 telah dibelanjakan.

Mereka yang ingin menaja makanan, minuman atau pembinaan sekolah ini boleh menghubungi talian 0196044598 atau 04-4594459 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters


Hasil sumbangan yang diberikan kepada pasangan pengantin akan disumbangkan kepada tabung pembinaan sekolah dikawasan masjid itu.

21
8
0
18
0
You will be interested