Insan & Komuniti 05 Oct, 2025

Video| Identiti jadi tanda tanya! Riak wajah tersimpan seribu cerita! Usaha baik peniaga makanan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Rupa-rupanya, masih ada insan yang prihatin dengan nasib orang lain. 

Di sebalik kesibukan berniaga, seorang peniaga makanan tidak melupakan tanggungjawab sosialnya apabila terdetik hati untuk membantu seorang wanita bersama anak kecil yang datang ke kedai makannya.



Dikenali sebagai Kak Jem, dia meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat menyalurkan bantuan kepada wanita tersebut. 

Menurut perkongsiannya dalam TikTok, wanita bersama anaknya singgah ke premis ketika keadaan pelanggan agak ramai, menyebabkan dia tidak sempat berjumpa dan menyampaikan bantuan yang diniatkan.

“Kalau akak ni datang lagi, saya memang ada nak bagi sesuatu. Cuma masa tu tak sempat sebab ada customer lain,” tulisnya dalam kapsyen. 

Kisah ini menarik perhatian warganet selepas beberapa pengguna TikTok berkongsi bahawa mereka mengenali wanita berkenaan. 

Ada yang mendakwa pernah terserempak dengannya meminta bantuan keperluan asas, selain ada yang menyatakan wanita itu pernah menjadi ahli keluarga mereka suatu ketika dahulu.

“Saya kenal dia. Allahu tapi lama dah tak jumpa sebab dia bekas isteri anak buah sebelah suami. Kenapa Nora jadi macam ni? Kasihan kat anak tu. Semoga dipermudah segala urusan. Amin,” dakwa salah seorang netizen.


 



Rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan wanita tersebut dipermudah dan memuji keprihatinan peniaga terbabit yang sedia menghulurkan bantuan.  

“Kak video ni bila? Pernah jumpa dengan saya di kawasan stadium. Dia mintak pampers dengan saya satu. Saya bagilah dia. Pakaian dia pakai samalah dengan saya jumpa hari tu. Dia tiada tempat nak tuju rasanya. Saya tak tahu dia susah masa tu,” cerita seorang lagi netizen. 



Susulan video tersebut tular, Kak Jem tampil berkongsi rasa terharu dengan sokongan orang ramai. Menerusi hantaran dalam TikTok (bahagian ke-2), Kak Jem mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menitipkan doa dan kata-kata semangat dalam ruangan komen. 

Katanya, dia tidak menyangka kisah yang dikongsi mendapat perhatian luas hingga membuatkan dirinya sebak membaca setiap ucapan.  

“Terima kasih anda semua mendoakan yang baik-baik. Semoga Allah balas dengan seribu kebaikan pada yang komen video sebelum ni. Kjem terharu baca,” tulisnya. 



Lebih mengejutkan, menurut Kak Jem, terdapat dua hingga tiga orang ahli keluarga wanita berkenaan yang menghubunginya menerusi panggilan dan WhatsApp untuk mengucapkan terima kasih. Mereka juga tidak menyangka wanita tersebut masih dihargai ramai kerana kebaikan hati yang dimilikinya.



Sementara itu, ruangan komen turut dibanjiri netizen yang meluahkan rasa sebak. Ada yang mencadangkan supaya wanita berkenaan diberi peluang bekerja di kedai Kak Jem bagi membantu kehidupannya, selain ada yang menyatakan wajahnya tetap manis tersenyum meskipun menyimpan seribu cerita.

“Ambillah dia kerja Kak Jem. Dapat bantu dia juga dari segi kewangan,” saran netizen tersebut.

Kisah ini menjadi peringatan bahawa kesusahan boleh menimpa sesiapa sahaja, dan setiap bantuan kecil yang diberi mampu membawa makna besar buat mereka yang benar-benar memerlukan. - KitaReporters



15
10
0
9
0
You will be interested