Insan & Komuniti 09 Aug, 2025

RM10.4j untuk Taiping! Program Sentuhan Kasih KPKT 3.0! Peruntukan laksana 35 projek pembangunan!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Taman Tasik Taiping


Bandar Warisan Taiping terus diberi perhatian oleh Kerajaan Madani apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan program Sentuhan Kasih KPT 3.0.

Ia merupakan program turun padang yang bertujuan untuk meninjau status kemajuan projek-projek yang telah diluluskan kerajaan Madani di bawah Roling Plan Kelima (RP5) 2025 untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk kesejahteraan dan kemaslahatan seluruh rakyat negeri Perak.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, ia seiring dengan matlamat di bawah kerangka ekonomi Madani iaitu untuk memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui fokus Meningkatkan Kualiti Hidup Seluruh Rakyat Malaysia.

Bagi tujuan itu, kerajaan Madani telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10.4 juta bagi pelaksanaan 35 projek pembangunan infrastruktur serta kerja naik taraf untuk rakyat Taiping.


Pasar Taiping

Katanya, peruntukan terbesar untuk bandar Taiping berjumlah RM4.1 juta melibatkan lapan projek naik taraf infrastruktur bandar Taiping iaitu projek menaik taraf Pasar Am Kamunting (500,000), projek menaik taraf gerai pusat penjaja Jalan Stesen Kamunting, cadangan menaik taraf longkang di Jalan Kota, projek menaik taraf sistem saliran di Jalan Kamunting Lama, projek menaik taraf parit Monsoon di Jalan Pakchik Ahmad, projek membina Arena Serbaguna Taiping (RM1 juta), projek memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) kepada MPT, projek tebatan banjir di Taman Kamunting Maju Fasa 2 (RM400,000) dan RM100,000 untuk pencahayaan di Pasar Taiping.

“Sebanyak RM500,000 bagi pelaksanaan pembangunan Landskap Persekitaran Kehidupan di kawasan  Tanjung Sungai Mas, manakala peruntukan RM2.21 juta telah diagihkan melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan 22 buah rumah ibadat bukan Islam di Taiping.

“KPKT juga meluluskan peruntukan RM3.57 juta bagi pembangunan infraftruktur dan pembinaan rumah baharu di Kampung Baru,” katanya ketika melawat ke Pasar Taiping dan Pasar Siang Malam di Taiping pada 9 Ogos 2025.

Menurut beliau, kesemua projek yang telah diluluskan di bawah Progam Pembangunan KPKT Roling Plan 5 (RP5) tahun 2025, Rancanganan Malaysia Kedua-12 (RMK12), manakala pelaksanaannya akan dipantau dan dikawal selia melalui lima jabatan dan agensi di bawah KPKT.


Nga Kor Ming (depan, dua dari kanan) menunjukkan isyarat bagus ketika melawat Pasar Taiping.

Nga berkata, pada tahun lepas (2024), KPKT telah meluluskan pelbagai projek infrustruktur berimpak tinggi di Taiping yang kini sedang dalam proses pelaksanaan atau telah siap.

Beliau berkata, antara lima projek tersebut ialah Projek Pemuliharaan Taman Tasik Taiping (RM10 juta), Pembangunan Taman Awam Kamunting (RM23.34 juta dijangka siap tahun depan, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang (RM11.5 juta), projek menaiktaraf Pasar Taiping (RM22.135 juta) dan pengindahan Air Pancut Taman Tasik (RM450,000).

“KPKT telah meluluskan peruntukan untuk Taiping sehingga kini telah mencecah RM77.4 juta iaitu RM60 juta sebelum ini dan sekarang RM10.4 juta,” katanya.

Dalam pada itu Nga berkata, KPKT berjaya melaksanakan 6,611 projek tahun lepas (2024) dan menjadi KPKT yang paling tinggi dan kita sasarkan 10,000 projek dalam tempoh setahun.

“Saya akan minta MoF tambah lagi peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan kerajaan akan siap 100,000 projek prasarana awam di negara ini. Ini pencapaian rekod yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, KPKT akan terus komited untuk berganding baru serta bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara bagi memastikan agenda pembangunan negara yang direncanakan dapat direalisasikan secara lebih lestari dan terangkum demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada kesejahteraan rakyat.

“Semua ini selaras dengan aspirasi kerajaan Madani untuk memastikan tiada yang tertinggal , tiada yang terpinggir,” katanya lagi. -KitaReporters


Nga Kor Ming (duduk, tengah) ketika mengadakan sidang media selepas melawat Pasar Taiping

14
7
0
12
0
You will be interested