Insan & Komuniti 11 Feb, 2026

Tambah pendapatan! Ahli-ahli Koperasi Ex-Rail lawat kilang pengeluar makanan! Timba ilmu perniagaan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Mengadakan lawatan ke tempat industri yang diusahakan oleh usahawan Bumiputera sudah tentu memberikan manfaat besar seperti dalam membantu meningkatkan ekonomi usahawan tempatan terbabit, mempromosikan produk unik mereka serta menyokong keterjaminan makanan yang dihasikan. 


Sebahagian ahli koperasi mendengar taklimat ringkas mengenai produk kilang barangan makanan.


Ia juga secara tidak langsung memperkukuh ekosistem perniagaan luar bandar dan membuka peluang kolaborasi baharu, sekali gus memajukan ekonomi Bumiputera secara keseluruhannya apabila mendapat perhatian daripada yang ingin mengenali dengan lebih penghasilan produk dilakukan.

Sebagai membuka minda dan menimba pengetahuan untuk mengenali produk keluaran Bumiputera, Koperasi Ex-Rail Bhd menganjurkan siri lawatan kali kedua ke kilang pengeluaran barangan makan di Sekinchan, Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor, pada 4 Februari 2026.


Ahli-ahli koperasi diberi peluang menikmati produk makanan ringan yang dikeluarkan oleh kilang Bumiputera.


Menurut Pengerusinya, Dato’ Ts Dr Abdul Radzak Abdul Malek, 44 ahli mengikuti program lawatan itu berpeluang menjengah ke kilang Bumiputera yang mengeluarkan pelbagai produk makanan seperti kilang Sos Ayzima, Baulu Panas, Biorich, Kerepek Tusimah dan kilang Beras Haji Dorani.

Tambahnya, beliau berasa amat bersyukur dapat menyempurnakan hasrat ahli untuk menimba pengalaman daripada usahawan berjaya itu apabila mampu membina kilang sendiri supaya kekal beroperasi di samping dapat memenuhi permintaan di pasaran.

Jelasnya, ahli juga digalakkan untuk mempraktik peluang jika dapat mewujudkan jalanan perniagaan termasuklah menjadi pengedar kepada produk yang dikeluarkan oleh kilang usahawan berkenaan untui merancakkan lagi perniagaan koperasi.

“Walaupun lawatan ini turut meliburkan hati ahli di samping mengeratkan ukhuwah antara mereka di samping membeli keperluan menjelang Ramadan namun perhatian perlu diberikan juga bagi meningkatkan pendapatan dan tabung koperasi. 

“Mencari kesempatan dan peluang perniagaan yang baik untuk koperasi seperti menjalinkan hubungan usaha sama serta kolaboratif baharu dengan pengkilang produk terbabit termasuk bagi memasarkan produk barangan makanan di Kuala Lumpur adalah suatu menguntungkan,” ujarnya. 


Abdul Rahim Osman (kiri) bersama Dorani (tengah) pemilik kilang beras yang dilawati ahli koperasi.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi koperasi berkenaan, Abdul Rahim Osman, berkata lawatan ke kilang terbabit membuka peluang kepada ahli koperasi untuk membantu meningkatkan pendapatan usahawan di kawasan luar bandar.

Tambahnya, ahli juga digalakkan untuk menguar-uarkan produk keluaran kilang usahawan Bumiputera yang dikunjungi itu kepada komuniti setempat sebagai info untuk mendapatkan barangan makanan ringan seperti kerepek dan baulu sebagai hidangan kepada tetamu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Paling penting lawatan ini membuka peluang kerjasama baik jika koperasi mengambil inisiatif untuk menjadi pengedar produk makanan ringan termasuk secara online yang akan membantu menambah sumber pendapatan,” ujarnya. - KitaReporters


Ahli Koperasi Ex-Rail Bhd merakamkan kenangan di depan sebuah kilang yang dilawati.

16
6
0
15
0
You will be interested