Insan & Komuniti 12 Feb, 2023

Rogol lebih 109 kali! Mandur setubuhi pelajar 15 tahun sehingga mengandung! Umpan kad kredit prabayar!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PELAKU (tengah)  berumur 50 tahun yang sudah beristeri ditahan oleh polis selepas dipercayai merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak 109 kali dalam masa tujuh bulan sehingga mengandung di Jawa Tengah, Indonesia. - Kredit foto: detik.com


HANYA mengumpan kad tambah nilai kredit telefon bimbit dan internet, seorang mandur bangunan di Jawa Tengah, Indonesia dapat memujuk seorang pelajar di bawah umur untuk melakukan hubungan seks sebanyak 109 kali sehingga mangsa mengandung dan melahirkan bayi pada 24 Disember 2022 lalu. 

Pelaku yang berasal dari Desa Wanosari, Klaten, berumur 50 tahun sudah beristeri  itu ditahan oleh polis dan mengaku berbuat demikian dengan membeli kad kredit prabayar sebelum melakukan persetubuhan dengan pelajar terbabit berusia 15 tahun yang merupakan jiran tetangganya.


Lagi


PELAKU terbabit berdepan hukuman penjara 15 tahun. - Kredit foto : Tribunnews.com


Dipetik dari portal berita, Antvklik.com pada 7 Februari 2023 melapor, polis menangkap pelaku di rumah sewanya di daerah Cirebon, Jawa Barat pada 14 Januari 2023 selepas keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada 26 Disember 2022. 

Pelaku  yang mempunyai dua anak sebelum itu dipercayai melarikan diri ke Jawa Barat dan tinggal di rumah sewa selepas mengetahui `kekasihnya’ sudah melahirkan bayi lelaki di hospital.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Klaten, Ipda Febriyanti Mulyadi berkata, pelaku ditangkap oleh polis setelah terbukti melakukan persetubuhan dengan mangsa yang masih di bangku sekolah lagi.  

Beliau berkata, pelaku juga mengaku mereka sering melakukan hubungan  terlarang itu bermula sejak April 2022 hingga November 2022 lalu. 

Menurutnya, awalnya hubungan pelaku dengan pelajar itu tidaklah terlalu rapat atau mesra tetapi selepas lelaki itu sering memberi kad tambah nilai kredit telefon dan internet kepada mangsa, menjadikan kemesraan antara mereka semakin rapat. 


Gambar hiasan


``Dengan pujuk rayu melalui chat WhatsApp, akhirnya pelaku berhasil memujuk untuk mengadakan hubungan seks dengan pelajar itu.

``Dalam masa tujuh bulan, saya kerap bersetubuh seperti pasangan suami isteri dengan pelajar itu tetapi saya lupa berapa kali melakukan perbuatan itu dan seingat saya ada sekitar 109 kali,’’ kata pelaku kepada polis.

Pasangan terbabit melakukan hubungan seks itu di rumah mangsa ketika ibu bapa tiada di rumah, di rumah orang tua lelaki itu dan ada juga di hotel.

Bagaimanapun, pelaku itu tidak mengaku bersalah melakukan persetubuhan itu kerana mendakwa ia atas kerelaan mangsa.

Febriyanti berkata, lelaki berkenaan ditahan atas Pasal 81 Ayat 2 Undang-Undang (UU) Republik Indonesia (RI) 35/2014 tentang perubahan atas UU RI 23/2002 perlindungan anak Jo UU RI 17/2016 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun. - KitaReporters


Kredit foto : Antvklik.com

19
16
0
16
0
You will be interested