DEMI cinta lautan api sanggup ku tempuhi… terbukti ada kebenarannya apabila seorang lelaki Thailand yang sanggup melakukan, namun bukanlah lautan api yang ditempuhi tetapi pengorbanan dan kesungguhan itu untuk membuktikan cintanya dengan berjalan kaki ke rumah teman wanitanya semata-mata untuk melamar dijadikan suri hatinya.
Menariknya, perjalanan ke rumah kekasihnya bukan kaleng-kaleng tetapi sejauh 1,200 kilometer dan jika melakukan pemanduan tanpa henti akan mengambil masa kira-kira 16 jam.
Fuyooo… ini barulah dinamakan cinta!
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cinta
Memetik chinadaily, pada 13 Februari 2023 lalu, lelaki bertuah yang dikenali Suthep 'Maew' Promjit memulakan perjalanan dari kampung halamannya di Nakhon Nayok, tengah Thailand pada 14 Januari lalu menuju ke Satun bagi melamar teman wanitanya.
Katanya perjalanan yang dilakukan mengambil masa sebula dan akan tiba ke rumah wanita pujaannya pada Hari Kekasih.
Tindakan yang dilakukan tersebut membuktikan kepentingan cinta alam hidup selain menarik perhatian kepada kaum lelaki yang tidak menghargai pasangan.
"Saya mahu mereka yang mendera keluarga atau orang tersayang, serta yang tidak setia dengan isteri masing-masing memberi perhatian terhadap perjalanan cinta yang dilakukan ini," katanya.
Lelaki hebat itu berkata, sepanjang melakukan ‘perjalanan cinta’ tersebut dia ditemani sahabatnya, Niwat Thongwithi yang menggunakan sebuah skuter yang direka khas.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran untuk menamatkan perjalanan cinta namun tidak menghalang niatnya.
Malah, Suthep berkata, dia kehilangan 17 kilogram sepanjang melakukan perjalanan tersebut.
Namun ia tidak menjadi halangan kepada untuk mencapai impian dan melamar wanita kesayangan yang dikenali melalui TikTok sejak lima tahun lalu.
Lebih indah, pasangan berusia 56 tahun itu turut merancang untuk mengelilingi seluruh Thailnad selepas mereka disatukan, tidak lama lagi.
Inilah hebatnya cinta…segala sanggup dibuat demi membuktikan kasih dan sayang.
Semoga Suthep dan kekasihnya disatukan menjadi pasangan suami isteri dan jalani kehidupan dengan bahagia sepanjang hayat. - KitaReporters