Insan & Komuniti 20 Feb, 2023

Lelaki curi kambing! Kerana mahu beli hadiah! Sempena Hari Kekasih! Tapi terkantoi dan ditahan polis!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


HANYA kerana mahu meluahkan rasa cinta yang mendalam kepada wanita pujaan hatinya sempena Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari setiap tahun, seorang pelajar sebuah kolej di New Delhi, India sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri.

Semuanya dilakukan kerana mahu membelikan hadiah, tapi sayangnya cara yang digunakan tidak betul menyebabkan dia ditahan oleh polis.


Lagi kisah-kisah menari berkaitan jenayah mencuri



Memetik pipanews.com, pada 14 Februari 2023 lalu, pelajar lelaki itu dikatakan terdesak mahu membelikan hadiah kepada kekasihnya tetapi tidak memiliki wang yang cukup.

Namun tetap mahu membelikan hadiah sempena Hari Kekasih, pelajar berusia 20 tahun itu kemudian berpakat dengan seorang lagi rakan baiknya bertindak berani dengan mencuri seekor kambing milik penduduk di kampung.

Malangnya, perbuatan jenayah itu dikesan oleh penduduk lain lalu membuat laporan kepada pihak polis.



Polis Kandachipuram kemudian berjaya mengesan kambing berkenaan milik salah seorang penduduk di Kampung Malayarasa Kuppam, daerah Villupuram.

Malah, hasil soal siasat bersama pihak polis mendapati, mereka sepakat untuk mencuri haiwan ternakan penduduk kampung itu dan berhasrat untuk menjual kamibing kerana mahu membelikan hadiah istimewa kepada kekasih.

Namun tidak mempunyai wang untuk membelinya. 

Kini lelaki berkenaan ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut dan bakal dijatuhi hukuman sekiranya didapati bersalah.



Inilah padahnya mencuri, tidak salah untuk bercinta namun fikir kemampuan dahulu, jangan terikut dengan cara orang lain sebaliknya ukur baju pada badan sendiri.

Kini sesal tidak lagi berguna, yang pasti kekasih kesayangan juga pasti menjauhkan diri selepas mengetahui lelaki yang disayangi rupanya seorang pencuri. - KitaReporters


14
18
0
18
0
You will be interested