Watch on TikTok
Perniagaan dalam talian (online) lawan perniagaan di kedai (offline)! Agak-agaknya siapa yang menang?
Jawapannya sudah tentu perniagaan dalam talian kerana lebih mudah dan di hujung jari sahaja. Malah, antara faktor utama kenapa perniagaan dalam talian lebih mendapat sambutan kerana harga produk yang ditawarkan jauh lebih murah daripada yang dijual di kedai.
Penulis sendiri gemar membeli barang secara dalam talian kerana lebih jimat dan mudah. Namun persoalannya, sejauh manakah barang atau produk yang kita beli itu boleh dipercayai, berkualiti dan selamat digunakan?
Maklumlah, perniagaan dalam talian ini, kebanyakannya kita tidak tahu di mana sumber produk-produk itu dihasilkan. Apakah bahan yang digunakan selamat atau tidak, halal dan sebagainya terutamanya makanan, alat solek dan juga pakaian.

Perniagaan dalam talian makin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. - Krediti Foto: Google Image.
Penulis tertarik untuk berkongsi maklumat mengenai pakaian yang dibeli secara dalam talian ini memandangkan ia begitu mendapat sambutan masyarakat masa kini.
Sementelah penulis sendiri terlihat satu perkongsian yang sangat bermanfaat oleh seorang pakar kulit, Dr. Low Dywin mengenai pakaian yang dibeli dalam talian.
Menurut Dr.Low, pakaian yang dibeli secara dalam talian sesetengahnya boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi bahan toksik. Bahan toksik ini berbahaya terutama kepada kanak-kanak.

Kesan toksik ini seperti lead atau plumbum dan ftalat (phthaate) boleh menyebabkan gangguan saraf dan tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, ia juga menyebabkan gangguan hormon dan kesuburan.
Paling menakutkan seperti toksik formaldehid, ia juga menyebabkan radang kulit.
Justeru, Dr. Low menyarankan kepada sesiapa yang ingin membeli pakaian secara dalam talian, pilihlah fabrik yang diperbuat daripada kapas (cotton), serat buluh (bamboo fibre) ataupun sutera (silk).
Watch on TikTok
Dalam perkongsian
lain, Dr, Low juga memberi tip bagaimana untuk mengurangkan toksik pada pakaian
yang dibeli secara dalam talian. Paling penting, basuh terlebih dahulu pakaian
yang dibeli sebelum memakainya.
Semoga dengan perkongsian ini golongan wanita, emak-emak atau sesiapa sahaja jadi lebih peka dalam memilih pakaian yang dibeli dalam talian.
Jangan kerana harganya murah dan cantik, anda terus membelinya tanpa memikirkan kesan buruknya. - KitaReporters
