Insan & Komuniti 13 Apr, 2025

Opah Ngomel| Video| Amin! Netizen doakan Syed Saddiq, Bella Astillah! Nantikan wedding of the year!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Grup Editor Majalah IBUBAPA. Emel: kartini.mdnoor63@gmail.com

Share this

.



ADA yang meramalkan dia bakal perdana menteri dan isteri perdana menteri masa depan sebab pasangan ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS) dan penyanyi serta pelakon berasal dari Sabah, Dayang Dayang Ara Nabellah Awang Astillah @ Bella Astilla (BA) diibaratkan macam pasangan negarawan yang romantik, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

Ramai yang suka melihat telatah mereka yang menggambarkan perangai  Tun Mahatir yang terlalu sayangkan isterinya dan setia melayan Tun Hasmah dengan cara paling penyayang dan suka bergurau senda. 

Tapi pasangan SS dan BA ini "dilihat" dalam versi Tun M dan Tun Hasmah masa muda.

Kata netizen dalam TikTok, setiap kali mereka melihat gelagat pasangan itu yang diberi gelaran baru, BASS (BellaAstillaSyedSiddiq) sangat comel dan lucu. Ada yang berkata melihat video berdua itu seumpama mereka telan pil vitamin yang satu hari yang menceriakan.

Jadi dengan penuh harapan mereka berdoa mahu melihat pasangan itu terus bercinta sepenuh hati dan mendirikan rumah tangga dengan segera.



Ada yang sanggup sunting video cari persamaan pasangan itu dengan anak-anak Bella Astillah.


"Tanpa melihat video mereka sehari, rasa lemah dan hidup takda senyuman," kata mereka yang memberi alasan tidak masak, tidak membasuh baju lagi sebab seronok menghadap telefon melihat pasangan itu bekerja, bersukaria dan melayan kisah seharian mereka sebagai duta produk dan cerita di sebalik tabir.

Tidak kurang ada yang tidak boleh "hadam" SS yang sanggup menemani BA ke tempat penggambaran dan terbaharu bila lelaki itu memegang kipas mini ketika menghadiri perasmian Cik Bakes di Kelantan, ada yang bertanya, dia tahu tak, dia tu seorang YB?" sambil memberikan emoji senyum simpul.




Sehubungan itu, majoriti ibu di luar sana yang mendoakan pasangan itu dapat mendirikan rumah tangga segera kerana mereka tidak sabar menunggu berita baik itu dan sudah lama merestui perhubungan itu agar terus terjalin sehingga ke pelamin.

Bagi Opah, sekiranya kes rayuan di mahkamah yang ditangguhkan sehingga 17 April 2025 ini selesai, besar kemungkinan satu negara akan "riuh-rendah" membuat persiapan kenduri bukan saja pada peringkat Kuala Lumpur malah di Parlimen Muar saja, mereka sibuk menghadiri majlis kenduri "menyambut menantu."

Ramai berdebar-debar dan jutaan warga negara menghulurkan doa mereka agar kes itu selesai kerana mereka tidak sabar untuk menghadiri majlis kahwin perdana tahun ini (grand wedding of the year) yang meriah diraikan setiap lapisan masyarakat.

Malah dalam kalangan netizen memberitahu mereka akan membuat tunjuk perasaan di Parlimen sekiranya kes SS itu didapati bersalah dan ramai warga muda sudah mula memberi pesanan kepada kerajaan mereka akan memboikot pilihan raya jika nasib BASS tidak adil.



KakJah dalam komennya memberitahu, "Alahai jangan tidak jadi, satu Malaysia akan kemurungan nanti. Ayuhlah, sama-sama kita pakat doakan mereka dijodohkan dan bahagian selamanya," disambut oleh Oyuoryo pula.

Fatiman Yasin pula berkata pasangan itu memang sepadan sebab seorang rupa macam aktor Akshay Kumar dan BA comel sama seperti Siti Nurhaliza dan ada pula yang menyamakannya sebagai Selena Gomez Malaysia penyanyi antarabangsa yang diminati oleh SS.

Zarina Mohd Noor pula menyebut Subhanallah, semoga kedua-duanya berjodoh, kekal berkasih sayang sehingga ke Jannah.

Kata Anna lelaki, kalau sudah jatuh cinta luar biasa sikapnya. Dalam fikiran dan matanya hanya tertumpu kepada orang yang dicintai. 

Ada pula yang bersyukur akhirnya BA menemui SS kerana melayannya dengan begitu baik dan menghargainya sebagai wanita yang gigih bekerja dan berdikari.



Namun begitu, ada juga yang memberi komen "tajam" terutama di Facebook yang menyifatkan BA itu gedik, ibu tunggal miang dan mereka muak dengannya.

Tapi ramai yang tidak mengambil peduli ketika tahun lalu, pada 4 April, 2024, BA diviralkan menangis tersedu-sedu menceritakan bagaimana dia dicurangi 11 kali yang berakhir dengan rumah tangganya roboh akibat perbuatan rakan baiknya sendiri. 

Adillah jika kali ini, April 2025, BA disifatkan sebagai ibu tunggal yang luar biasa auranya kerana mampu bangkit membina hidup baharu bersama-sama dua anaknya.

Manakala rezekinya melimpah ruah sehingga dikurniakan bakal suami, seorang lelaki yang tahu menilai baik buruknya "permata" di tangannya.

Bukan saja Primavalet yang melantik BA dan SS sebagai duta produk, Kitsui Malaysia turut mendoakan pasangan itu bertemu jodoh dengan ucapan, "Kami sentiasa bersama kalian berdua dan dipermudahkan urusan serta dilimpahi kasih sayang."


Opah macam juga antara jutaan ibu di Malaysia mendoakan mereka dapat berjodohan dan dikurniakan anak-anak soleh dan bijaksana.


Malah SS dalam nota kepada warga netizen turut meminta orang ramai mendoakan hubungan mereka, bermakna dalam hubungan percintaan ini, BA bukanlah bertepuk sebelah tangan.

Insya-Allah jika tiada aral melintang dan rezeki orang baik, kita ramai-ramai akan ke majlis kendurinya tidak lama lagi. - KitaReporters


Watch on TikTok

11
14
0
10
0
You will be interested