.

Lelaki Ethiopia (Habsyah) bernama Dirar Abohoy, 32, adalah antara manusia unik. Jika orang biasanya menggunakan kaki untuk berjalan, namun Abohoy lebih selesa menggunakan tangannya untuk berjalan.
Abohoy yang tinggal di Tigray, utara Ethiopia, membesar dengan menonton filem dari China serta Hong Kong dan Amerika Syarikat. Dia tertarik melihat adegan aksi tanpa menyedari, ia hanya tipuan kamera atau hanya ilusi.

Dia berharap dengan kemahirannya itu, pada suatu hari akan tercatat dalam Guiness World of Records (GWR).
Antara kebolehan Abohoy ialah dia boleh menarik kereta sambil berdiri di atas tangannya, mendaki dan menuruni gunung di sekitar bandar asalnya. Dia turut boleh membawa orang di belakangnya, sambil berjalan di atas tangannya.

Video Abohoy sedang berlatih berjalan mengguna tangan menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini menarik pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang kagum dengan kebolehannya dan tidak kurang juga yang berpendapat, ia jangan digunakan sepanjang masa kerana mungkin memberi risiko pada masa akan datang.
