
Muhammad Faiz Fadzil (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan hari raya kepada seorang anak nelayan pada Majlis Rahmah Mesra Madani Ramadan Pengerusi LKIM Bersama Nelayan PNK Sungai Tinggi, dekat Trong.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak melupakan golongan nelayan dengan memberikan bantuan engin sangkut 30 kuasa kuda kepada empat nelayan dengan harapan produktiviti mereka dapat ditingkatkan.
Pengerusi
LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan peralatan penangkapan ikan (Touch
Point) berjumlah RM60,000 itu diberikan dengan tujuan membantu meningkatkan
pendapatan nelayan golongan B40 yang terlibat dalam aktiviti menangkap ikan.
Selain
meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup mereka. Bantuan ini juga bagi meningkatkan
kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti perikanan.
“Perak
merupakan penyumbang jumlah tangkapan ikan terbesar di negara ini. Ini
membuktikan sumbangan nelayan amat dihargai,” katanya pada Majlis Ramah Mesra
Madani Ramadan Pengerusi LKIM Bersama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi
di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, di Sungai Tinggi dekat Trong pada 16 Mac
2025.
Muhammad
Faiz juga mengingatkan nelayan supaya tidak terbabit dengan penjualan minyak
diesel subsidi yang merugikan mereka.
“Nelayan hendaklah mempastikan pusat jualan diesel tidak berlakunya ketirisan,” katanya.

Muhammad Faiz (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi, Abu Salim Karim (dua, kanan).
Selain itu, Muhammad
Faiz memberikan jaminan bekalan ikan untuk musim perayaan Aidilfitri adalah mencukupi
kerana LKIM mempunyai stok simpanan dengan lebih 2,000 tan metrik.
“Kita
membukti Tahun Baharu Cina lalu bekalan cukup dan harga adalah terkawal,” katanya.
Sementara
itu seorang penerima engin sangkut, Sharulnizam Jaafar, 48, bersyukur mendapat
bantuan engin sangkut 30 kuasa kuda itu.
“Dengan
adanya engin sangkut ini, ia dapat membantu saya mendapatkan pendapatan lebih
kerana boleh pergi jauh untuk menangkap ikan,” katanya.
Beliau yang sebelum
ini menggunakan engin sangkut 15 kuasa kuda tidak dapat pergi jauh untuk
menangkap ikan.
Sementara
itu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi turut memberikan sumbangan
zakat kepada nelayan asnaf berjumlah RM12,000 dan sumbangan hari raya kepada
anak nelayan sebanyak RM7,000 pada majlis itu.
Sumbangan
itu diberikan kepada 60 nelayan dan 70 anak nelayan dengan hasrat agar dapat menceriakan sambutan Hari
Raya.
Selain itu, Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK) turut menyampaikan sumbangan zakat Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berjumlah RM72,000 kepada PNK di seluruh Perak. - KitaReporters

Muhammad Faiz Fadzil (belakang) bergambar dengan sebahagian penerima bantuan pada majlis Ramah Mesra Madani Ramadan Penguri LKIM Bersama Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi, dekat Trong.