Insan & Komuniti 04 May, 2025

Video| Ada beran? Graduan tunggang lembu ke majlis konvokesyen! Serta diiringi satu kereta lembu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Majlis konvokesyen atau graduasi (wisuda) Universitas Merdeka (Unmer) Malang, Jawa Timur pada Sabtu, 26 April 2025 gempar dan mengejutkan para graduan dan hadirin yang lain.

Ini kerana seorang graduan bernama Priswana Akbar Ramadhani, 23. hadir dengan membawa kereta lembu yang ditarik dua ekor  lembu, sementara beliau menunggang seekor lagi. 

Timbul tanda tanya mengapa Priswana yang juga seorang pencipta kandungan (content creator) melakukan perkara itu? Adakah ia semata-mata untuk membuat bahan sensasi untuk dimuat dalam laman media sosialnya.


Priswana menunggang salah satu lembu yang dibawa ke majlis graduasinya. - Kredit foto: alonesia


Sebenarnya perkara itu sudah diberitahu kepada pengurusan universiti. Dan pihak pengurusan membenarkannya malah menyediakan tempat untuk lembu-lembunya berehat.

Sebenarnya idea itu tercetus selepas Priswana menyelesaikan tesis dan ingin menzahirkan rasa bangga dan syukur kerana berjaya menamatkan pengajian tinggi dengan perkara yang unik.

Dan lebih menggembirakan apabila cadangannya itu mendapat sokongan penuh daripada pihak universiti. Priswana mahu membuktikan bahawa dengan usaha penternakan, dia mampu membiayai pengajiannya.



Selain belajar, Priswana turut menguruskan legasi penternakan datuknya, 'Ladang Mbah Lurah'. Dan dia masih mampu mendapat keputusan baik dengan mampu mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas.

Priswana bukan sahaja melihat penternakan sebagai warisan. Malah dia melihat bidang ternakan mampu memberi sumber ekonomi yang selesa. 

Priswana yang suka berinteraksi secara langsung dengan haiwan ternakan berhasrat untuk menceburi bidang pengeluaran makanan haiwan dalam masa terdekat. 

Ladang Mbah Lurah yang diusahakannya menternak lembu baka Peranakan Ongole (PO) serta sejumlah kambing. Dan hasil penjualan mencecah Rp150 juta (kira-kira RM45,000) sebulan.

Priswana juga berhasrat mewujudkan sebuah zoo mini yang diisi kebanyakannya dengan kambing untuk memberi pendidikan  kepada semua peringkat umur untuk terlibat dalam bidang ternakan. - KitaReporters

15
15
0
9
0
You will be interested