Insan & Komuniti 02 Sep, 2023

Puteri Diana: Puteri Cinderella yang temui bahagia pada hujung hayat! Selepas 15 tahun menderita!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

princess diana on jonikal yacht



"BILA melihat gambar ini sangat menyentuh jiwa saya. Bagaimana dia menemui kedamaian pada akhir hayatnya. Mungkinkah dia boleh menemui kebahagian sejati seandainya hubungan dengan pasangan, doktor pakar bedah itu (Dr Hasnat Ahmad Khan) berjalan lancar. Hanya lelaki itu seorang yang tidak culas dalam hubungan."

Demikian ucapan seorang netizen bila melihat cara Diana yang kelihatan tenang menghabiskan masa bersendirian di hujung papan terjunam di atas kapal layar mewah Jonikal, milik keluarga kekasihnya Dodi al-Fayed. 

Gambar itu dirakamkan seminggu sebelum kejadian nahas di terowong Paris pada 31 Ogos 1997.

Dengan menunjukkan Diana duduk sambil kakinya bergoyang terjutai ke bawah, ternyata perasaan Diana "dibaca" oleh media sebagai wanita yang sudah berjaya menemui kedamaian. 


Kenderaan yang dinaiki Diana-Dodi.


Lebih-lebih lagi dia dilayan bak puteri kesayangan ketika sedang bercuti sehinggakan Dodi yang menemaninya pada momen terakhir hayatnya. 

Malah Dodi dan pemandu Henri Paul, turut terbunuh dalam kejadian berkenaan selepas limosin yang dinaiki mereka terbabas dalam terowong di Perancis itu.

Dengan ditemani sekawanan burung camar - satu-satunya ada kehidupan lain di sisinya mungkinkah dia  sedang memikirkan perihal masa depannya, kedua-dua puteranya yang hanya beberapa hari saja episod hidupnya akan menemui penamatnya.

Sheknows melaporkan gambar itu dijual dengan harga AS$6 juta (RM70 juta) menjadi potret terakhir yang paling cantik pernah diambil kerana selepas itu tiada lagi gambar Diana semasa hidup.


prince charles and camilla parker-bowles holding hands

Sepadan sangat.... Charles dan Camilla.


Rentetan hidup berkeluarga Charles dan Diana ternyata sangat sulit kerana perkahwinan itu adalah sebahagian daripada pelan istana untuk mendapatkan zuriat dan pewaris yang suci bagi menaiki takhta kerajaan. 

Berdasarkan jarak umur yang jauh berbeza, Diana masih muda dalam lingkungan 30-an ketika bercerai pada 1992. Selepas perpisahan berkuat kuasa secara rasmi, empat tahun kemudian (1996) menamatkan 15 tahun perkahwinan mereka.

Diana berumur 36 tahun ketika meninggal dunia. Sama usia dengan seorang bintang terkenal Hollywood, Marilyn Monroe pun meninggal ketika usianya 36 tahun. Dia ditemui mati pada petang 4 Ogos 1962 - juga bulan Ogos! 


Diana and Dodi's romance was 'FAKED and couple slept in separate bedrooms',  insider claims | The Irish Sun

Diana-Dodi bercuti dengan kapal layar. 


Ketika Charles ditanya selepas melangsungkan pertunangannya, sambil lewa dia menjawab cinta apa-apa sajalah dan akhirnya pada usia perkahwinan menemui penamatnya, Charles tanpa segan silu mengaku dia curang.

Sebenarnya, Diana sudah mula mengasingkan diri secara perlahan-lahan. Malah ketika melawat India pada 1992, Charles sedang bermesyuarat dan Diana mengambil kesempatan melawat Taj Mahal sambil bergambar bersendirian.

Selama tempoh berkahwin ketika Diana berusia 20 tahun dan Charles, 32, detik selingkuhan terbongkar sebaik hendak pergi berbulan madu  pabila Camilla memberikan kafling baju berhuruf C (Camilla).

Kembali kepada gambar Diana di bot mewah Jonikal itu, media Britain hanya mampu menggambarkan pada hujung hayatnya, Diana kelihatan tenang. 

Nampak sangat damai selepas bertahun-tahun diburu oleh paparazi (jurugambar selebriti) sehingga ada setahun itu, Ratu Elizabeth terpaksa mengarahkan media jangan menghampiri menantunya.


Lazy loaded image

Cara mereka membuat Charles cemburu.


file photo dodi al fayed and diana, princess of wales

Diana kelihatan gembira menghabiskan cuti musim panasnya. Gambar kecil Diana-Dodi saja mahu sakitkan hati bekas suaminya.


Gambar Diana-Dodi bercumbu mesra itu diberi gelaran imej musim panas 1997 oleh majalah Paris Match itu dijadikan senjata supaya Charles cemburu. Sebelum itu mereka dilaporkan "perang dingin" dan masing-masing menggunakan jurugambar untuk berlawan satu sama lain.

Ketika bekas suaminya mengadakan parti hari jadi mewah meraikan ke-50 Camilla, Diana menggunakan peluang bersuka ria dengan Dodi di hadapan khalayak ramai.

Seandainya gambar itu mampu bercerita, ternyata pihak media mengandaikan Diana sedang merenung masa depannya apalagi dia baru menerima kedatangan dua puteranya untuk bercuti bersama. Malah masa yang sama Diana juga akan melepasi setahun perceraian dengan Charles. 

Sampai hayatnya tamat, media Britain tertanya-tanya apa yang sebenarnya pada minda Diana ketika gambar terakhirnya semasa hidup itu dirakam. - KitaReporters


Image may contain Coat Clothing Jacket Charles Prince of Wales Adult Person Head Face Portrait and Photography

Charles dan Camilla masa muda.

9
13
0
7
0
You will be interested