Insan & Komuniti 17 Jul, 2020

25 tahun Srebrenica! Etnik Bosnia masih perlu bantuan kita!

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this

SEJARAH hitam penghapusan etnik Muslim yang berlaku di Bosnia & Herzegovina 25 tahun lalu, masih segar dalam ingatan penduduk Islam negara itu. Saki baki kekejaman konflik juga masih boleh dilihat menerusi tinggalan bangunan musnah. : KitaReporters

Tarikh 11 Julai adalah tarikh keramat yang sentiasa akan terpahat di hati penduduk Muslim Bosnia meskipun sejarah hitam yang berlaku meninggalkan trauma yang mendalam. - Kredit foto-foto: IRM


Menurut Islamic Relief Malaysia (IRM), kehidupan masyarakat Muslim di Bosnia sangat mencabar meskipun peperangan sudah tiada. 

Hal ini turut diakui Hazim Turanovic, 71, yang tinggal di bandar Livno, Bosnia Herzegovina.

Katanya, “etnik Crotia merupakan penduduk majoriti di Livno. Jadi, kebajikan dan hak masyarakat Muslim seperti kami sering diketepikan.

“Setiap kali berurusan, soalan pertama mereka akan tanya kamu daripada etnik mana dan siapa nama kamu? 

"Apabila mereka mengetahui kami bukan daripada kalangan mereka, proses urusan akan sengaja dilambat-lambatkan dan akhirnya permohonan kami akan ditolak.

"Hari-hari yang kami jalani terasa seperti berpuasa meskipun bukan pada bulan Ramadan kerana kami sentiasa menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan. 

"Harga barang dan perkhidmatan di sini semuanya mahal. Duit yang ada banyak digunakan untuk menanggung kos rawatan perubatan,” ceritanya dalam satu kenyataan IRM kepada media.

Menantu Hazim Turanovic menerima bantuan pek makanan dari Islamic Relief.


Ratusan ribu nyawa direkodkan terkorban dalam siri peperangan yang tercetus antara tahun 1992 hingga 1995 mengakibatkan 1 daripada 4 wanita terpaksa menjadi ibu tunggal dan menggalas tanggungjawab ketua keluarga sendirian.

Bukan senang untuk bangkit semula selepas trauma yang dilalui namun kehidupan masih diteruskan demi anak dan waris yang tinggal.

Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia sedang menyantuni penerima manfaat di Bosnia ketika menjalani misi kemanusiaan ke negara itu pada tahun 2015.


“Saya dan abang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Ayah saya mengalami masalah kemurungan dan disahkan menghidapi gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) serta penyakit mental. 

“Ibu juga mengalami tekanan perasaan kerana sejarah lalu. Kesusahan dan penderitaan hidup ketika ini pula menambahkan lagi tekanan sedia ada.

“Kami hanya bergantung hidup atas bantuan kerajaan dan hasil pendapatan ibu yang bekerja dengan menjual barangan terpakai. 

"Meskipun ibu tahu anak-anaknya memerlukan nutrisi makanan yang baik untuk menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan kami daripada mudah jatuh sakit, tetapi apa kan daya ibu tidak mampu untuk menanggungnya sendirian. 

“Sukar dan jarang sekali kami dapat menjamah makanan berprotein seperti daging. 

"Mujur, saya dan abang terpilih sebagai penerima bantuan sumbangan daging qurban bagi warga OKU yang dijalankan Islamic Relief. 

"Jadi, dapatlah kami menjamah daging ketika hari raya Aidiladha. Sedikit tapi cukup memadai buat kami,” ujar Sabahudin Barcic, 30, yang tinggal di Tuzla, Bosnia.

Sabahudin Barcic menerima sumbangan daging korban dari Islamic Relief.


Sabahudin dan ibunya gembira kerana tersenarai sebagai salah seorang penerima manfaat sumbangan daging korban dari Islamic Relief


Sabahudin antara ratusan ribu lagi penduduk Islam di dunia yang bergantung harap dan menanti dengan penuh pengharapan untuk merasai nikmat juadah daging sekali dalam setahun. 

Sempena sambutan perayaan Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi, marilah sama-sama kita kita mengakhiri penantian mereka untuk tahun ini dengan menyertai kempen Qurbani Untukmu bersama Islamic Relief Malaysia

Semoga ada bahagian kebaikan buat kita di syurga nanti. Layari www.islamic-relief.org.my untuk maklumat lanjut. - KitaReporters


Diana Amir, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia sedang beramah mesra dengan anak yatim Bosnia ketika misi kemanusiaan pada tahun 2018. - Kredit foto-foto: IRM

2
0
0
0
0
You will be interested