Kisah Insan 26 Dec, 2020

Bakal pengantin, seorang lagi lelaki lemas! Belum ditemukan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

SEORANG bakal pengantin lelaki yang sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada hari ini, Sabtu 26 Disember 2020 dan seorang lagi lelaki dikhuatiri mati lemas dalam kejadian berasingan di Marang, Terengganu. Sehingga kini kedua-dua mangsa berkenaan belum ditemui lagi. : KitaReporters


Anggota SAR sedang giat menjalankan operasi mencari Naim Hariri Kamaruddin yang dipercayai lemas di Pantai Kelulut Marang, Terengganu semalam, 25 Disember 2020.  -  Kredit Foto : Bernama


Lagi kisah-kisah menyayat hati berkaitan lemas:

https://kitareporters.com/search?search=lemas


Dalam kejadian petang semalam, Jumaat 25 Disember 2020, Naim Hariri Kamaruddin, 31, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama keluarga untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Fatin Nabila Huda Ismail, 27,  yang dijadualkan pada pukul 10 pagi hari ini, Sabtu 26 Disember 2020. 

Kejadian itu berlaku semasa Naim Hariri sedang mandi di Pantai D’Marang Village, Kelulut, Marang pada pukul 6.40 petang semalam sebelum mangsa dibawa oleh arus ombak besar. 

Sebelum itu, seorang lelaki, Wan Nashaifudin Wan Latif berasal dari Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu juga dikhuatiri lemas selepas mangsa mandi di Pantai Jambu Bongkok, Marang pada kira-kira pukul 6.30 petang, juga semalam, Jumaat 25 Disember 2020.


NAIM HARIRI KAMARUDDIN 


Jikalau Naim Hariri tidak terbabit dalam trajedi menyayatkan hati itu mangsa telah melangsungkan majlis akad nikah bersama Fatin Nabila di rumah pengantin perempuan itu di Kampung Surau Haji Mat Zain, Bukit Payong pagi tadi, 26 Disember 2020. 

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, memberitahu mangsa dan keluarganya baru tiba di Terengganu pagi semalam dan menyewa penginapan di Pantai Kelulut untuk urusan perkahwinannya. 

Menurutnya, semasa mandi di pantai berkenaan Naim Hariri ditemani seorang adiknya dan secara tiba-tiba mangsa dilambung ombak besar yang datang secara mengejut. 

``Sebelum kejadian, Naim Hariri datang sekejap ke rumah saya untuk berjumpa dengan Fatin Nabila sambil melihat pelamin persandingan mereka dan saya mengetahui kejadian itu melalui anak saya.

``Walaupun peristiwa yang tidak sangkakan menimpa keluarganya dan anak saya tetapi saya tetap reda dengan ketentuan Allah ini,’’ katanya yang sudah siap segalanya bagi majlis perkahwinan anaknya.


SEBAHAGIAN ahli keluarga Naim Hariri yang berada di khemah lokasi kejadian di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.  -  Kredit foto: Harian Metro


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang, Yahya Hanafi berkata dalam tragedi di Pantai Jambu Bongkok itu pihaknya menerima panggilan kecemasan  pada pukul 6.37 petang dan selepas itu beberapa minit kemudian menerima pula panggilan kecemasan yang berlaku di Pantai Kelulut petang semalam pula. 

Menurutnya, lebih 50 anggota termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rela yang terbabit dengan operasi mencari mangsa tersebut. 

``Ketika ini adalah sukar sedikit kerana keadaan cuaca kurang baik berserta dengan ombak bergelora. 

``Dengan keadaan sedemikian kita lebih menfokaskan operasi mencari mangsa di kawasan persisir pantai sejauh lebih tiga kilometer dari tempat kejadian,’’ katanya hari ini, Sabtu 26 Disember 2020. - KitaReporters

1
1
15
0
0
You will be interested

Keperibadian Nabi SAW teladan terbaik! Contoh dalam santuni warga emas terbiar di pusat jagaan!

Kesabaran, ketabahan Rasulullah SAW sebarkan dakwah jadi contoh terbaik bagi disemaikan petugas pusat jagaan dalam santuni warga emas yang memerlukan perhatian

Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 days ago

Video| Kembar 9 semakin membesar, lasak! Perlukan 100 lampin sehari! Minum 6 liter susu sehari!

Halima Cisse dari Mali yang cipta rekod dunia lahirkan 9 anak kembar ki9ni sangat sibuk kerana perlu layan 9 karenah anak dalam satu masa yang semakin membesar
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 11 hours ago

Lebih 38 tahun dilantik jadi Imam Masjidil Haram! Kelunakan suara Sheikh al-Sudais jadi tarikan

Sheikh Abdul Rahman al-Sudais an-Najdi, Imam Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah telah genap 38 tahun sebagai Imam di masjid tersebut pada 4 April 2021 lalu
Isa Ramli in Kisah Insan 1 day ago

Belajar ukiran tangan daripada arwah abang! Jadi sumber rezeki! Anak-anak pula penerus legasi!

Seni ukiran dipelajari daripada arwah abang kini bukan sekadar penyambung warisan tetapi jadi sebahagian sumber rezeki dan kehidupan Nik Che Ngah serta keluarga
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Pemegang diploma pengurusan hotel jadi badut! Watt de Clown! Hidawati temui kepuasan tersendiri!

Pemegang Diploma Pengurusan Hotel, Noor Hidawati Mohd Juki pilih kerjaya badut kerana ia sangat sesuai dengan jiwanya yang sukakan aktiviti seni, kanak-kanak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 1 day ago