Insan & Komuniti 14 Dec, 2025

Opah Ngomel| Baju wanita pun tak apa! Asalkan ada baju nak pakai! Tapi ada kata bantuan kena cukai?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

"Sedih bila terkenangkan apa yg terjadi sebelum ini... gembira bila ada hamba Allah sudi memberikan pertolongan dari segi keperluan pakaian dan makanan walaupun keperluan itu masih tidak mencukupi.. tapi yg paling terharu bila mereka tetap bersyukur dan menerima segala apa yg ada..



"Jiwa mereka begitu kental dalam menghadapi ujian ini.. semoga dipermudah segala urusan ye.. insya-Allah," kata netizen Rohayati Aziz ketika menulis komen dalam TikTok mengenai mangsa banjir di Sumatera yang gembira menerima bantuan pakaian walaupun pakaian itu kebanyakan untuk wanita.

Pakaian banyaknya pakaian wanita adalah sebahagian daripada bantuan yang diterima daripada pemerintah Indonesia yang dihantar menggunakan helikopter dan ada jiran termasuk Malaysia menghantar bantuan. 

Disebabkan tiada pilihan kaum lelaki terpaksa menggayakan juga jubah dan pakaian lain bagi menahan kesejukan dan menggantikan pakaian mereka yang dihanyutkan bah yang melanda beberapa daerah. 

Paling teruk di Acheh yang disamakan dengan tsunami pada 2004.



Bisa kaget bung!.... Banjir bukan meninggalkan kesan sedih akibat harta benda termasuk nyawa diragut oleh air deras yang dikatakan setinggi lapan meter bila beberapa daerah di Sumatera termasuk Acheh antara daerah paling teruk ditenggelami bah lumpur pada 26 November 2025 lalu.

Yang hilang sudah pasti tidak berganti, manakala yang masih hidup akan mengutip sisa kehidupan yang sudah musnah. Bagi yang kehilangan rumah atau haiwan ternakan akan memulakan kembali hidup baharu.

Manakala yang hilang nyawa pula akan termenung dilanda kesedihan dan pilu yang berpanjangan kerana siapa menduga ini kali kedua Acheh ditimpa "bala" yang rata-rata mengkaitkannya dengan bumi negara itu dijarah oleh pembalakan "haram". 




Video yang diviralkan dalam TikTok menunjukkan kayu balak hanyut bersama air deras dari bukit bukau yang dijarah dan melanda serta meranapkan bukan rumah kayu malah banglo dan kenderaan, manusia serta haiwan di laluannya.

Sedih melihat anak kehilangan ibu, isteri merana, suami menangis dan mengusung gambar isterinya ke hulur hilir bertanyakan orang yang melihat isteri yang hilang ditenggelami lumpur.

Namun begitu, tidak semua berduka kerana ada pertolongan yang datang kadangkala menceriakan penduduknya yang sebelum ini menghantar SOS (Selamatkan nyawa kami) kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan makanan serta pakaian baharu.



Akhirnya bantuan tiba. Yang agak lucunya bantuan pakaianlah. Sampai ada netizen negara itu menyamakan wanitalah yang banyak berbelanja. 

Malangnya sekali ujian lain pula dikatakan tersebar luas apabila pemerintah negara itu dikatakan agak kurang "bijak" kerana laporan terbaharu menyebut kemasukan bantuan dari luar akan dikenakan cukai. Sebab itu dianggap produk import.

Setakat ini, dilaporkan Malaysia yang menghantar bantuan hampir 50 tan bekalan makanan dan pasukan perubatan.



Bab bantuan pakaian yang dihantar itu menimbulkan banyak "keributan" kerana yang sampai adalah pakaian wanita saja.  

Manakala ada juga pakaian yang dihantar tidak sampai kepada penerima menyebabkan pakaian itu "terkandas" di tengah jalan dan mereput menjadi sampah sarap. 

Ada video yang menunjukkan kanak-kanak dan orang tua tanpa pakaian dan mereka meminta pemberita: "Berikan kami pakaian, pak!"



Seketika ketika melihat warga Acheh berpakaian tudung, jubah dan pakaian berwarna-warni menimbulkan aksi lucu dan menjadi bahan lawak dalam media sosial.

Tapi tak apalah, daripada tiada pakaian sampai orang tua pun "terpaksa" menggayakan pakaian wanita disulami dengan gelak terbahak-bahak apabila masing-masing melihat "perubahan" atok dah menjadi nenek berjanggut.

"Alhamdulillah, bantuan daripada semua saudaraku sudah sampai.. tapi tak ada pilihan kebanyakan daster (baju wanita) tapi ini sangat bermanfaat," kata mangsa yang hanya menamakan dirinya 50 sen dalam siaran TikToknya yang mempunyai 65.5k pengikut dan videonya mengenai banjir di Sumatera ditonton sehingga 36.3k kali. - KitaReporters


12
11
0
9
0
You will be interested