Insan & Komuniti 26 Apr, 2021

Program Lemari Kasih Ramadan Hospital Besut agih makanan! 80-100 orang untuk buka puasa, sahur!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Ilyani Hasbullah mengagihkan juadah berbuka puasa kepada seorang warga emas yang datang menerima rawatan ke Hospital Besut


PROGRAM Lemari Kasih Ramadan yang diperkenalkan oleh Hospital Besut (HB) bukan sahaja memberi manfaat kepada pesakit malah penjaga, orang awam dan kakitangan hospital turut mendapat manfaat daripada penganjuran program itu yang menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur kepada mereka yang berurusan di hospital itu pada waktu berkenaan. 

Ini kerana penganjuran program itu menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada orang ramai yang ketika tiba waktu berbuka puasa dan juga makan sahur sepanjang bulan Ramadan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bank makanan

ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (dua dari kanan) turut menyumbang makanan kepada tetamu yang berada di Hospital Besut sempena Program Lemari Kasih Ramadan.


Usaha pihak hospital mewujudkan projek berkonsep bank makanan terbabit khususnya bagi memberikan makanan dan minuman percuma sepanjang Ramadan kepada tetamu yang berada di hospital itu mendapat pujian masyarakat setempat. 

Bukan sahaja untuk pesakit, malah Jika ada ahli keluarga yang sedang menunggu pesakit dan juga todak terkecuali daripada mendapat agihan pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan pada setiap petang pada waktu berbuka puasa.


Dr Ilyani Hasbullah


Pengarah Hospital Besut, Dr Nor Ilyani Hasbullah berkata, pada tahun ini HB meneruskan tradisi menganjurkan program itu dan memberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang pelbagai sumbangan sama ada berbentuk makanan,minuman dan keperluan lain yang sesuai untuk berbuka puasa.

Katanya, program itu sudah empat tahun dilakukan bertujuan untuk menyediakan makanan dan minuman kepada pesakit, waris yang mengiringi pesakit serta petugas hospital

Beliau berkata program yang mula diperkenalkan pada 2017 sentiasa mendapat sokongan dan sambutan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, usahawan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang tampil memberi sumbangan.

“Alhamdullah sudah hampir dua minggu umat Islam mengerjakan ibadat puasa tidak putus-putus pihaknya menerima sumbangan daripada orang ramai,” katanya.


Sebuah rak atau lemari (almari) disediakan untuk kemudahan orang ramai meletakkan makanan dan minuman untuk disumbangkan


Dr Ilyani berkata, bagi memudahkan orang ramai memberi sumbangan pihaknya ada menyediakan rak atau almari khas untuk meletakkan barang-barang yang disumbang.

Beliau berkata, pada setiap hari antara 80 hingga 100 pesakit, waris, tetamu dan petugas hospital yang terpaksa berbuka di hospital menerima agihan makanan dan minuman mengikut keperluan semasa.

“Saya bagi pihak pengurusan hospital berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menjayakan program kemasyarakatan itu selain membantu mereka yang memerlukannya,” katanya. - KitaReporters


Seorang pengawal keselamatan menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada Dr Ilyani

3
1
0
0
0
You will be interested