Insan & Komuniti 20 Apr, 2021

Terima kasih Maxis! Usaha edarkan kotak makanan di Sabah! Sumbangan bekalan barang keperluan

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAXIS terus menyokong masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan banjir baru-baru ini. 

Setakat ini, 3,300 kotak makanan telah diedarkan kepada individu, keluarga dan pekerja barisan hadapan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah

Bantuan makanan, bernilai RM330,000, dilakukan secara berperingkat-peringkat dan merupakan sebahagian daripada RM500,000 yang disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang diumumkan pada awal Disember 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Maxis


Maxis bekerjasama dengan YKN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada peringkat negeri untuk mengenal pasti komuniti terkesan serta pelaksanaan pengagihan, yang melibatkan sukarelawan Maxis sendiri, mSquad dan wakil JKM. 

Baru-baru ini, Maxis telah menyelesaikan pengedaran kotak makanan di Sabah dengan kumpulan terakhir di Tuaran, dengan kehadiran Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Setiap kotak makanan dilengkapkan dengan bekalan barang keperluan untuk satu bulan termasuk beras, minyak masak, gula, garam, sardin, mi, biskut dan kopi atau teh.

"Kami gembira dengan progres pelaksanaan yang telah kami capai dalam usaha kemasyarakatan kami. Maxis berkeupayaan untuk membantu mereka yang memerlukan dalam keadaan yang mencabar ini dan kami sedar pentingnya untuk kami bertindak cepat.

"Terima kasih YKN, JKM pada peringkat negeri dan semua yang terlibat, termasuk sukarelawan kami, dalam membantu pengedaran bantuan dengan cekap dan selamat. Kami berharap dapat mengerahkan lebih banyak bantuan di lokasi lain dalam fasa yang akan datang,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada 15 April 2021. 



Sementara itu, Nordina Harun, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, menyatakan penghargaannya atas usaha bantuan yang berterusan.

“Kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Maxis dalam misi kami untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga yang memerlukan di negara ini. Misi YKN adalah perjalanan yang berterusan dan peluang untuk memanfaatkan usaha kolaborasi kami dengan sektor korporat amat bermakna buat kami,” kata Nordina dalam kenyataan tersebut. 

Sumbangan kepada YKN adalah sebahagian dari RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis melalui GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN) untuk inisiatif “To Malaysia, With Love” yang dipacu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disokong oleh pemain industri telko lain. 

Lebihan sumbangan kepada YKN akan digunakan dalam beberapa bulan mendatang di lokasi lain yang akan ditentukan. Sementara itu, komitment kepada GDRN untuk inisiatif yang lain juga akan dilaksanakan pada tahun 2021 ini. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested