Insan & Komuniti 09 Apr, 2021

Berita Terkini| Denda hingga RM11,000! Tunai umrah, solat di Masjidil Haram tanpa permit sah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PERATURAN ketat itu dilaksankan sehingga berakhir pandemik dan kehidupan kembali normal. Kredit Foto Republika.com


DENDA tinggi akan dikenakan kepada individu degil yang cuba memasuki Mekah untuk menunaikan umrah atau solat di Masjidil Haram tanpa permit sah sepanjang Ramadan 1442/2021 ini.

Perkara itu dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang memberi amaran dan bakal menahan individu degil selain mengenakan denda ketika memasuki Mekah untuk tunaikan umrah.

"Individu yang mengerjakan umrah tanpa permit dikenakan denda sebanyak SR10,000 (RM11,000),  termasuk SR1,000 (RM1,103) bagi sesiapa yang cuba memasuki Masjidil Haram di Mekah tanpa permit." lapor Saudi Press Agency di Riyadh pada 9 April 2021.

Pihaknya juga mahu memastikan kebenaran menunaikan umrah dan menunaikan solat selari peraturan keselamatan di Masjidil Haram serta kawasan sekitarnya. 

Peraturan baharu itu akan dilaksanakan hingga berakhirnya Covid-19 dan kehidupan masyarakat kembali normal.

“Kementerian meminta warga dan ekspatriat mematuhi arahan dengan mendapatkan permit untuk menunaikan umrah dan solat di Masjidil Haram melalui aplikasi Eatmarna,” lapor sumber berkenaan

Sepanjang Ramadan, anggota keselamatan ditugaskan melakukan kawalan di semua jalan, pos pemeriksaan keselamatan, serta di lokasi dan koridor yang menuju ke kawasan pusat sekitar Masjidil Haram untuk mengekang cubaan melanggar peraturan. – KitaReporters

DENDA sebanyak SR10,000 bagi individu degil mengerjakan Umrah tanpa mendapat permit sah. Kredit Foto Sinar Harian.

0
0
0
0
0
You will be interested