Wanita didahulukan.... Putera Philip sentiasa berjalan di belakang isterinya. - Kredit foto: PA Media.
“Er war ihr King” demikian tajuk utama akhbar di Jerman antara lain bermaksud, "Dia adalah Raja baginya" bagi Ratu Elizabeth II.
Berita itu seolah mahu menonjolkan sisi lain kehebatan Putera Philip, Duke of Edinburgh walaupun sebenarnya seluruh hidup selama 73 tahun, Philip adalah lelaki yang sentiasa berdiri dan berjalan beberapa tapak di belakang ratu hatinya.
Sesungguhnya ia memerlukan kekuatan luar biasa bagi seorang lelaki untuk berada di tempat luar biasa. Itu kata-kata orang yang dekat dengan baginda. Bayangkan seorang lelaki yang perlu melepaskan egonya sebagai `ketua` rumah tangga dan menjadi pengikut atau peneman @ pengiring isteri tercinta.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ratu Elizabeth II
Lawatan terakhir.... Akhbar Perancis pamerkan aksi ini sempena kemangkatan Putera Philip.
Philip menyedari keadaan dan menerima takdirnya apabila King George VI mangkat dan Elibazeth yang sebelum ini menjadi isterinya, wanita biasa bertaraf kerabat, tiba-tiba bertukar kedudukan dan ditabalkan menjadi Ratu yang memerintah United Kingdom dan jajahannya di bawah bendera komanwel.
Philip dikatakan terduduk dan menutup mukanya dengan akhbar sebaik mengetahui berita itu.
"Dunia kehidupan sebagai kerabat biasa sudah tamat." Kerana selepas itu hidupnya di kelilingi protokol diraja dan isterinya sudah berubah darjat daripada kerabat yang setaraf anaknya, Putera Charles atau Putera William yang jika sebelum ini masih boleh menikmati kehidupan keluarga biasa. Kini isterinya menjadi Ratu yang akan memimpin jutaan penduduk UK dan 100 negara Komanwel.
BBC News dalam laporan mengenai Putera Philip, menyifatkan lelaki itu mengambil pendekatan alah bisa tegal biasa, baginda dengan segera menyesuaikan dirinya yang akhirnya, meletakkan dirinya sebagai lelaki luar biasa itu di dalam kehidupan yang sesuai dengan arus perubahan di abad ke-20, perbezaan darjat kehidupan, setia dalam memberi khidmat, cara hidup yang kompleks, mengendalikan kebijaksanaan dan tekanan menjadi kerabat.
Philip sanggup merendahkan ego kelakiannya dengan melupakan kerjaya di dalam angkatan tentera laut Britain, untuk memikul tanggungjawab sebagai pendamping Ratu Elizabeth dan bukan mudah bagi seorang lelaki bangsawan menjadi pendamping seorang pemerintah sebuah negara bersistem monarki kerana Philip tidak ada kedudukan dari segi perlembagaan negara.
Akhbar di UK `menceritakan` kepiluan Ratu Elizabeth.
Melihat itu saja pilihan terbaik, Philip memilih menjadi seorang lelaki bersifat budiman dengan merendahkan dirinya, menjadi orang pertama memberi tunduk hormat sebaik isterinya ditabalkan sebagai ratu dan setiap kali berada di sisi isterinya, dia harus berdiri di belakang atau berjalan beberapa langkah di belakang Ratu Elizabeth.
Sebagaimana peminat di seluruh dunia yang menonton siri The Crown di Netflix, keluarga Putera Philip ini sebenarnya mempunyai pertalian dengan orang Jerman bila adik beradik perempuannya memilih menikahi orang Jerman dan menyokong negara itu dalam Perang Dunia Kedua.
Dan Philip memilih untuk berkhidmat kepada angkatan perang Britain. Namun sebaik diumumkan kematiannya, akhbar popular di Jerman Bild, menulis tajuk utama, “Er war ihr King” antara lain bermaksud “He was her king”.
Begitu juga akhbar di Perancis Libération memberi penghargaan pada kerjayanya dengan menampilkan gambar Putera Philip mengangkat topinya dengan tajuk utamanya, “La dernière sortie du prince consort” or “The Prince’s last outing”. (Lawatan terakhir Putera).
Sementara itu, dalam Wikipedia yang memetik sejarah hidup Philip antara lain menyebut selama lebih tujuh dekad menjadi pendamping setia Ratu Elizabeth II, Philip mencipta rekod sebagai pengiring paling lama dalam sejarah British.
Philip menjadi orang pertama tunduk hormat kepada Ratu Elizabeth. - Kredit foto: PA Media.
Dilahirkan pada 21 Mei 1921 di kepulauan Corfu, Greek. Bapanya, Putera Andrew adalah anak bongsu kepada Raja George I dari Hellenes dan bondanya Puteri Alice of Battenberg.
Philip yang diberi gelaran sebagai Duke of Edinburgh itu dan beberapa lagi gelaran akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di Istana Windsor ketika usia 99 tahun pada pagi 9 April 2021. Dua bulan sebelum hari lahirnya yang ke-100.
Baginda dilaporkan akan dikebumikan Sabtu, 17 April 2021 dengan upacara tertutup keluarga di Gereja Windsor sebelum disemadikan di West Steps of St George's Chapel dijangka jam 2:45 petang. Jenazahnya akan dibawa menggunakan kereta jenazah Range Rover yang direka bentuk sebagai van jenazah oleh baginda sendiri.
Menantu perempuan bongsu Duke, Sophie, Countess of Wessex memberitahu Wikipedia, baginda meninggal dunia dalam suasana yang sangat hening, "seolah-olah seseorang memegang tangan dan membawanya pergi,".
Wikipedia juga melaporkan punca kematian itu akibat gering walaupun ada beberapa laporan sebelum ini menyebut baginda berdepan dengan beberapa komplikasi akibat pembedahan jantung. Kali terakhir dirawat ialah pada 16 Mac 2021 lalu apabila dia kembali ke Istana Windsor untuk berehat.
Saat-saat bertunang.
Ketika hampir semua putera dan puterinya tidak kekal dalam perkahwinan kecuali Putera Edward (anak bongsu). Putera Charles, Puteri Anne dan Putera Andrew masing-masing mengalami keruntuhan rumah tangga yang sangat menyedihkan hati Philip sebagai seorang bapa yang gagal menasihatkan anakanda untuk setia dalam rumah tangga.
Philip berusaha kekal sebagai ketua keluarga dengan menjadi suami yang 'rendah diri' mengiringi dan mahu melindungi isterinya dengan membuang semua egonya. Walaupun ada kalanya digelar bermulut lancang tetapi Philip tetap tunduk hormat kepada isterinya dan setia menjadi orang nombor dua. Philip juga bersuara mengenai isu alam sekitar dan pembangunan teknologi.
Dia hanya melontarkan bobelan pendek saja apabila nama keturunananya, Mountbatten tidak boleh digunakan dalam keturunannya kerana Ratu Elizabeth memilih menggunakan gelaran Windsor.
Philip berasal dari kerabat diraja Greek dan Denmark. Keluarganya jadi porak peranda dan dia sekeluarga menjadi pelarian ketika usia 18 bulan. Diselamatkan dan menumpang hidup dengan keluarga kerabat diraja sejak usianya 10 tahun, Philip menjadi `geladangan` dengan menumpang di istana kerabat England untuk belajar di negara itu, Jerman dan Perancis, selepas ibunya menjadi murung dan bapanya, lari mengikut ajakan perempuan simpanannya.
Membesar tanpa kasih sayang, Philip belajar berdikari dan kerap memberitahu orang, dia hidup tanpa keluarga sehingga ketika usia 18 tahun dan dikerah berkhidmat dengan tentera laut pada 1939 walaupun dia sebenarnya mahu menjadi tentera udara.
Dan takdir cukup baik baginya bila dalam satu lawatan diraja ke kolej Philips, Raja George Vi memperkenalkan anaknya Elizabeth kepada Philip dan masing-masing jatuh cinta ketika Elizabeth memasuki usia 13 tahun.
Tidak lama kemudian mereka bertunang pada 1947 dan terus melangsungkan perkahwinan yang gilang gemilang.
Oleh kerana memasuki keluarga diraja, Philip melepaskan gelaran dan gaya hidupnya serta tidak menggunakan gelaran keturunan Mountbatten, sekali gus diberi anugerah Yang Mulia dan Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, dan Baron Greenwich.
Philip mempunyai minat mendalam dalam bidang ketenteraan dan akhirnya dia terpaksa meninggalkan khidmatnya pada 1952 ketika isterinya menjadi Ratu England dengan pangkat sebagai komandar dan diberi taraf sebagai Putera Britain pada 1957.
Pada 2 Ogos 2017 ketika usianya 96 tahun, dia menamatkan tugasan dirajanya dengan rekod 22,219 khidmat solo, membuat 5,493 kali ucapan sejak 1952 . Philip juga menjadi penaung kepada lebih 700 badan kebajikan. - KitaReporters
Tujuh dekad hidup bersama dengan seorang Ratu. Getty Image
Rangerover yang diubah jadi van jenazah. Gambar The Star.