Sekalipun OKU tanpa kedua-dua belah tangan, Jimat tetap gigih berusaha menjual kasut dengan berjalan kaki sekitar kawasan pekan dan perkampungan untuk mencari sumber pendapatan menyara keluarga. - Kredit foto: TikTok@kang_kris.
KELAHIRAN individu orang kelainan upaya (OKU) ke dunia bukan suatu yang dipinta. Ia sudah ditentukan Allah S.W.T. sejak awal lagi. Namun kelahiran tersebut tentu ada hikmah di sebaliknya.
Bagi mereka yang sudah ketentuan hidupnya seperti itu janganlah mengeluh dan menyesal, sebaliknya muhasabah diri dan syukuri segala kejadian dari maha pencipta.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU
Sikap gigih dan kental seorang lelaki cacat sejak dilahirkan, tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sentiasa bersemangat tanpa mengeluh mahupun menyerah kepada takdir semata-mata, sepatutnya menjadi idola serta pendorong dalam kehidupan harian kita ke arah mencapai matlamat atau cita-cita.
Malahan lelaki ini boleh dijadikan inspirasi dalam memburu kehidupan semakin sengit lagi mencabar terutama dalam keadaan ekonomi bergelora ketika ini.
Kehidupan lelaki yang bernama Jimat ini menjadi viral dan menarik perhatian ramai sekalipun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan tetapi tetap gigih berusaha berniaga menjual kasut ke sana ke sini setiap hari mencari rezeki halal untuk menyara kehidupan keluarga.
Hanya dengan berjalan kaki dan membawa beg besar, Jimat yang cacat tanpa kedua-dua belah tangan tetap gigih berniaga menjual kasut di merata tempat termasuk kawasan kampung dan pekan.
Bagi Jimat kecacatan yang ada pada dirinya bukan sebagai alasan sebaliknya ia merupakan azimat untuk terus berusaha mencari sumber pendapatan.
Kerana menurut beliau apa yang ada pada dirinya dianggap suatu kelebihan sebagai tarikan kepada individu lain lebih bersimpati dan ihsan kepadanya.
Kisah gigih individu OKU yang cacat tiada tangan tersebut dimuat naik melalui aplikasi TikTok akaun @kang-kris oleh seorang yang bernama Kristiawan.
Jimat terpaksa menggunakan mulut untuk mengangkat beg besar jualannya untuk diletakkan pada bahagian bahu dan dia tidak menyifatkan sebagai suatu yang menyusahkan.
Sebaliknya dengan kecacatan yang ada pada lelaki tersebut secara tidak langsung telah menginsafkan Kristiawan.
"Mulai hari ini saya insaf dan sedar bagaimana ertinya kita perlu bersyukur kepada Allah yang menciptakan makhluk di dunia setelah saya bertemu dengan Jimat dengan keadaan cacat tanpa kedua-dua belah tangan tetapi tetap gigih berniaga menjual kasut ke merata tempat," ujarnya dengan nada sayu penuh keinsafan.
Setiap hari Jimat akan membawa sebuah beg besar yang dipenuhi dengan berbagai jenama kasut disandang pada bahagian bahu sambil berjalan kaki menelurusi sekitar kawasan pekan dan kampung menjual barangan berkenaan.
Dengan sentiasa tersenyum, Jimat sentiasa ramah menegur siapa sahaja semasa ia menjalankan jualan kasut di mana-mana sahaja.
Dalam aktiviti berniaga menjual kasut pendapatan Jimat tidak menentu, jika pada hari itu rezekinya ada lakulah kasut jualannya. Namun ada kala berlaku sebaliknya.
Di sebalik semangat gigih berusaha tanpa mengenal jemu, lelaki cacat ini mampu bertahan meneruskan jualan kasut sebagai sumber pendapatan menyara keluarga hingga hari ini biarpun dalam keadaan gawat sekarang.
Malahan yang membanggakan, Jimat dalam menghadapi gelora ekonomi yang berlaku masa kini dia tidak sekali-kali berputus asa sebaliknya tetap melakukan pekerjaannya menjual kasut setiap hari tanpa rasa keluh kesah dan jemu.
Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ramah dia menawarkan jualan kasutnya kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.
Dalam keadaan panas terik, Jimat terus berjalan kaki menelusuri jalan di sekitar pekan dan kampung dengan membawa beg besar dipenuhi berbagai jenis kasut untuk dijual.
Dalam konteks ini, seseorang yang dikurniakan Allah dengan pancaindera serba lengkap dan tubuh badan sihat jangan jadikan pelbagai alasan untuk tidak bekerja dalam keadaan sekarang sebaliknya patut malu dengan kegigihan ditunjukan oleh Jimat.
Jadikan iktibar bahawa dalam menjalani kehidupan ini tidak ada suatu yang mustahil boleh dilakukan sama ada mereka yang normal mahupun OKU. Cuma semua itu bergantung kepada sikap sama ada mahu atau tidak seseorang itu sahaja.
Marilah kita sama-sama menjadi lelaki OKU ini sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam mengharung kehidupan pada era serba mencanar ketika ini. - KitaReporters
Bagi Jimat kecacatannya dengan tidak ada kedua belah tangan ia merupakan suatu kelebihan untuk menarik simpati dan ihsan orang ramai membeli kasut jualannya.